Kebun Bunga Singapura

(Dilencongkan dari Taman Botanik Singapura)

Kebun Bunga Singapura (Inggeris: Singapore Botanic Gardens) merupakan sebuah kebun bunga berusia 156 tahun yang terletak berhampiran dengan Orchard Road, Singapura. Ia adalah salah satu daripada tiga taman bunga (taman tropika pertama) yang diberi penghormatan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan ia juga memperoleh tempat teratas dalam tarikan pelancong ke taman sejak 2013, oleh Anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor. Kebun bunga ini menerima anugerah Kebun Tahun Ini daripada Anugerah Pelancongan Taman Antarabangsa 2012 dan penarafan tiga bintang daripada Michelin Guide pada 2008..[1][2]

Kebun Bunga Singapura
کبون بوڠا سيڠاڤورا
Symphony Lake, Singapore Botanic Gardens - 20041025.jpg
Tasik Simfoni di Kebun Bunga Singapura
Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Peta lokasi/data/Singapura' not found.
JenisKebun bunga, taman botani
Lokasi Singapura
Kawasan74 hektar (182.86 ekar)
Dicipta1859 (1859)

Kebun Bunga Singapura diasaskan di tapak asalnya pada 1859 oleh persatuan pertanian hortikultur. Ia memainkan peranan penting dalam ledakan perdagangan getah di rantau ini (Asia Tenggara) pada awal abad ke-20, apabila pengarah saintifik pertamanya, Henry Nicholas Ridley mengetuai penyelidikan dalam penanaman pokok. Dengan menyempurnakan teknik penorehan getah, yang masih digunakan pada hari ini, ia berjaya menggalakkan nilai ekonominya kepada para penanam di pelosok rantau apabila pengeluaran getah meningkat dengan mendadak. Ketika zaman kemuncaknya pada 1920-an, Semenanjung Tanah Melayu menghasilkan separuh daripada pengeluaran getah dunia.

NotaSunting

  1. ^ "Singapore Botanic Gardens clinches prestigious Unesco World Heritage site status", The Straits Times, 4 Julai 2015
  2. ^ "Botanic Gardens top park in Asia on Tripadvisor". The Straits Times. 20 Jun 2014. TripAdvisor Travellers' Choice Awards

RujukanSunting

Pautan luarSunting