Taman Botanikal Melaka

Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh) terletak di Lebuh Ayer Keroh, Melaka, Malaysia menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan dan terletak di kawasan pelancongan Ayer Keroh bersama Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan lain-lain.[1]

Taman Botanikal Melaka

Seluas 359 hektar, dengan sehingga 10 hektar diperuntukkan sebagai tapak perkhemahan,[2] hutan rekreasi ini dibuka pada April 1984.

Di sini suasana yang aman tenteram hutan tropika menanti untuk diteroka. Pokok-pokok yang dilabel membuatkan ia serba menyeronokkan lagi ilmiah untuk pembelajaran segera di dalam flora dan fauna Malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah. Ia merupakan satu tempat yang amat sesuai untuk merentas hutan, memanjat bukit, berjogging dan berbasikal.

Sejak Jun 2006, sebahagian kawasan hutan ini dibuka semula sebagai Taman Botanikal Melaka.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Taman Botanikal". Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Dicapai pada 12 April 2017.
  2. ^ Hutan Rekreasi Ayer Keroh MelakaCOM.NET - The Melaka (Malacca) Official State E-Commerce Portal. Dicapai 9 Februari 2014.

Pautan luarSunting