Stadium Ellis Park

(Dilencongkan dari Taman Coca Cola (Johannesburg))

Stadium Ellis Park, merupakan stadium ragbi dan bola sepak yang terletak di Johannesburg, Afrika Selatan. Stadium ini merupakan tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia Ragbi pada 1995. Stadium ini merupakan stadium yang termoden di Afrika Selatan apabila kerja menaik taraf dilakukan pada 1982 untuk menapung lebih 70,000 orang. Pada masa kini, stadium ini digunakan untuk perlawanan ragbi dan bola sepak.

Taman Ellis Park
Nama lamaStadium Ellis Park
LokasiStadium Ellis Park (Pty) Limited, Corner of Currey dan Staib Street, Doornfontein, Johannesburg, 2028
Pecah tanah1927
Dibuka1928 [1]
DitutupTerbuka
Dirobohkan-
PemilikThe Golden Lions Rugby Union
PengendaliEllis Park Stadium Pty.
PermukaanGrass
Kos pembinaan£5,000 GBP
Kapasiti62,567 (Bola sepak dan Ragbi)
Penyewa
Golden Lions
Lions (Super Rugby)[2]
Orlando Pirates F.C. [1] [3]
South African Rugby Union

Stadium ini dinamakan bersempena dengan nama J.D. Ellis iaitu orang yang bertanggungjawab membina kawasan stadium. Sebelum ini, pada 2008, stadium ini dinamakan sebagai Taman Coca-Cola.[4]

Stadium ini merupakan tuan rumah untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010. Lima perlawanan peringkat kumpulan, satu perlawanan pusingan kedua dan satu perlawanan suku akhir akan diadakan di stadium ini.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Ellis Park". FIFA. Dicapai pada 2008-10-09.
  2. ^ "The History of Ellis Park". Ellis Park Stadium (Pty) Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-24. Dicapai pada 2008-10-09.
  3. ^ "Ellis Park Stadium". Orlando Pirates. Dicapai pada 2008-10-09.
  4. ^ "Ellis Park Stadium renamed to Coca-Cola Park" (Microsoft Word). Ellis Park Stadium (Pty) Limited. 2008-07-04. Dicapai pada 2008-10-09.

Pautan Luar sunting