Taman Fajar, Sabah

perumahan di Sandakan, Sabah

Taman Fajar merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di pinggir bandar Sandakan, iaitu kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar Sandakan melalui Jalan Utara dan Jalan Airport. Terdapat banyak kemudahan asas yang terdapat di taman perumahan ini dan kebanyakannya terletak tidak begitu jauh dari sini. Contohnya, Lapangan Terbang Sandakan terletak hanya satu kilometer dari Taman Fajar.