Taman Lestari Putra
Taman Lestari' Putra ialah sebuah taman perumahan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Seri Kembangan terletak berdekatan dengan Serdang dan Puchong. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Lestari Puchong.
Lokasi
suntingTerletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Terletak bersebelahan 16 Sierra, Saujana Puchong,Kota Perdana, Puchong Gateway, Taman Desaminium dan Taman Equine di dalam kawasan Bandar Putra Permai. Taman ini juga betul - betul bersebelahan dengan Hutan Simpan Air Hitam.
Fungsi
suntingTerdapat beberapa fasa yang tergendala termasuk lot kedai dan apartment kondo yang pernah dicadangkan. Cadangan pembinaan lot perkuburan telah dibatalkan dengan mengekalkan zon tersebut sebagai sebahagian daripada rezab hutan. Cadangan penyambungan jalan terus dari Taman Lestari Putra ke Saujana Puchong juga telah dipersetujui mengikut dokumen SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010.
Kemudahan awam
suntingBanyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke Taman Lestari Putra, namun mengikut perancangan, jalinan jalanraya di taman ini adalah sangat baik kerana menghubungkan Puchong dan Seri Kembangan melalui Jalan Lestari Putra- Saujana Puchong (masih dalam pembinaan) serta jalan ke Desaminium (juga dalam pembinaan)