Taman Maju adalah sebuah kawasan perumahan yang terletak dalam daerah Batu Pahat, Johor.

Dulu, Taman Maju merupakan satu hutan, dan satu orang datang ke sini dan Taman Maju menjadi ladang-ladang, semuanya rumah atap, penduduk-penduduk hanya bekerja sebagai penanam sayur-sayuran dan penternakan ayan, itik sahaja. Masa itu, Taman Maju dikenali sebagai “安和芭”. Selepas itu, tanah Taman Maju diberikan kepada Encik Tan Swee Hoe, “安和芭” pun menukar nama kepada “瑞和芭”, akhir sekali baru menjadi “Taman Maju”.

Taman Maju mula dibangunkan pada tahun 1997 dan siap dibina pada tahun 1999. Sekarang Taman Maju sudah menjadi salah satu tempat di Batu Pahat yang maju. Banyak kedai boleh jumpa di sini, pasar raya pun buka mendekati dengan Taman Maju. Oleh itu boleh jumpa orang ramai di Taman Maju pada sekarang. Majoriti Taman Maju ialah orang Cina. Kira-kira Taman Maju mempunyai 800+ buah rumah dan 3000+ orang penduduk.

KRT (Kawasan Rukun Tetangga) Taman Maju ditubuhkan pada 22 Julai, tahun 1999. Tujuan ditubuh adalah untuk mengurangkan kes-kes curi dan memupuk semangat antara penduduk.

Taman Maju ialah hanya satu taman yang mempunyai barisan meronda di daerah Batu Pahat yang akan meronda seluruh kawasan Taman Maju pada pukul 11 hingga pukul 5 setiap hari. Barisan meronda ini dapat menjaga keselamatan penduduk di Taman Maju dengan baik.

Selain itu, selepas dewan serbaguna dibina, banyak aktiviti seperti pertandingan nyanian lagu, aktiviti gotong-royong dan sebagainya diadakan di Taman Maju.