Taman Marin Tun Sakaran

Semporna merupakan daerah yang sangat berpotensi dalam meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan bukan sahaja di negeri Sabah tapi Malaysia. Pada tahun 2004 YB Mohd Lan Adun Sulabayan individu yang bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang dan terlibat dalam meluluskan pulau-pulau yang terdapat di Taman Marine Tun Sakaran (TMTS) terhadap 6 perkara dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah Perisytiharan Taman Marin Tun Sakaran 22 Julai 2004 . Sehingga kini kawasan yang lebih kurang 35,000 Hektar terletak dalam teluk darvel Laut termasuk pulau bodgaya, selakan, boheydulang, tetagan, sibuan, maiga, sebangkat dan mantabuan bersama-sama dengan terumbu karang yang mengelilingi pulau tersebut dalam TMTS hanya seorang sahaja individu yang memiliki mempunyai geran yang sah dan persetujuan mahkamah yang masih hidup (Sebangkat Island). Namun, pada tahun 2016 pemilik TMTS telah menjadi 4 orang dan terkini 2017 bertambah 14 orang waris sementara kumpulan penuntut 3000 yang lain adalah Individu berkepentingan (StakeHolder) jika merujuk kepada perundangan. Satu usaha yang hebat yang telah dilakukan oleh mereka individu yang bertanggungjawab pada masa itu patut disanjung disebabkan tindakan dalam menggubal undang-undang pulau yang terdapat di Semporna sehinggalah diwartakan pada tahun 2004. Tertarik dengan 6 perkara tentang hak-hak keistimewaan yang jelas menunjukkan bahawa ianya sangat berguna untuk pemilik dan waris TMTS iaitu anak jati tempatan Semporna yang mmpunyai peluang dalam memajukan pelancongan negara Malaysia khususnya daerah Semporna. Pulau-pulau yang terdapat di Taman Marine Tun Sakaran boleh dikatakan bertahap 'World Class' Sebagai contoh, Aktiviti Diving dan sebagainya yang jelas menunjukkan mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik pelancong luar negara seterusnya membawa keuntungan kepada negara Malaysia.

Semporna - Tun Sakaran Marine Park.jpg

RujukanSunting