Taman Melati adalah sebuah taman perumahan majoriti Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia tertelak di antara Gombak, Wangsa Maju dan Taman Melawati. Stesen LRT Taman Melati  KJ2  Laluan Kelana Jaya 5 terletak di kawasan ini.

Taman perumahan ini dibangunkan pada tahun 1990-an. Ia terdiri daripada banyak masyarakat yang mempunyai latar belakang pegawai kerajaan kanan yang telah bersara dan sebaliknya. Ramai daripada mereka berada di puncak kerjaya mereka dengan gelaran seperti Datuk dan Tan Sri.[perlu rujukan]

Lokasi sunting

Taman Melati terletak terletak di kawasan parlimen Wangsa Maju dan Bahagian Pentadbiran Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Wakil semasa untuk Wangsa Maju ialah Zahir Hassan dari PKR. Pentadbiran dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Demografi sunting

Taman Melati terletak di kawasan Parlimen Wangsa Maju. Komposisi pengundi di kawasan itu adalah 61% Melayu, 31% Cina, 8% India dan 2% Lain. Komposisi etnik Kuala Lumpur mengikut Banci 2010 ialah 45.9% Melayu (termasuk bumiputra lain), 43.2% Cina, 10.3% India dan 0.6% Lain-lain. Agama di Kuala Lumpur mengikut Banci 2010 adalah 46.4% Islam, 35.7% agama Buddha, 8.5% agama Hindu, 5.8% agama Kristian, 1.4% tidak diketahui / 1.1% agama etnik Cina 0.6% lain dan 0.5%

Hiburan sunting

Taman Melati mempunyai pusat membeli-belah sendiri yang dipanggil M3 Mall yang terletak bertentangan dengan rumah-rumah pangsa Taman Melati di Jalan Madrasah. Pusat membeli-belah ini mempunyai kedai dan restoran sendiri. Selain itu, terdapat satu lagi pusat membeli-belah yang telah siap pembinaannya pada tahun 2020 bernama KL East Mall yang terletak di 823, Jln Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur.

Melati Utama terdiri daripada kedai dan restoran di sebelah Lebuhraya MRR2. Ia dibangunkan berikutan penubuhan Platinum Condominium.

Pendidikan sunting

Tapak Beribadat sunting

  • Masjid Salehuddin al-Ayyubi
  • Surau Taman Melati
  • Surau Al Fallah, Putra Villa
  • Sri Ayyanareeswarar Temple (berhampiran dengan Taman Melati dan di sepanjang Jalan Genting Klang)

References sunting

https://web.archive.org/web/20150301154300/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_20160429_P.U.(B)197.pdf

External Links sunting

http://m3mall.com.my

https://pibgsmktm.weebly.com/

http://sktmskl.blogspot.com/

http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&