Taman Negara Kuala Koh
Taman Negara Kuala Koh atau juga dikenali sebagai Taman Negara Kelantan merupakan pintu masuk rasmi di negeri Kelantan untuk ke Taman Negara Malaysia. Taman Negara Kuala Koh terletak di hujung ladang kelapa sawit, Kuala Koh agak unik jika hendak dibandingkan dengan Taman Negara Kuala Tahan, dan terletak bertentangan dengan Sungai Lebir dan Sungai Koh.
Taman Negara Kuala Koh merupakan sebahagian daripada Taman Negara Semenanjung yang meliputi 4343 km persegi di mana termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.