Taman Negara Pulau Kukup

Taman Negara Pulau Kukup ialah sebuah taman negara yang terletak di Pulau Kukup, Pontian, Malaysia. Ia diwartakan pada 27 Mac 1999 dan dibuka kepada para pengunjung pada Julai 2003.[1] Kawasan paya bakau di taman negara ini adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Pulau Belerong di Brunei Darussalam.

Taman Negara Pulau Kukup
تامن نݢارا ڤولاو کوکوڤ
IUCN Kategori II (Taman negara)
Paya bakau di Taman Negara Pulau Kukup
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
LokasiPulau Kukup, Pontian, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
Bandar terdekatPekan Kukup
Luas1,447 hektar (3,580 ekar)
Ditubuhkan27 Mac 1999
Badan pentadbirPerbadanan Taman Negara Johor
Laman sesawang rasmi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Flora dan fauna sunting

Pokok bakau merupakan fauna yang dominan di kawasan taman negara. Antara spesies pokok bakau yang boleh dijumpai adalah pokok bakau nyireh batu, bakau minyak dan bakau kurap.[2] Hidupan lain yang terdapat di taman negara ini adalah ikan belacak, monyet, bangau dan babi hutan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Adnan Abd Jamil. "Pulau Kukup Sumpahan Bunian". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2016-08-28.
  2. ^ Nor Baizura Che Man. "LAWATAN TEKNIKAL KE MAJLIS DAERAH PONTIAN, TAMAN NEGARA PULAU KUKUP DAN TANJUNG PIAI, PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM". Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 2016-08-28.