Taman Sri Andalas terletak kira-kira 3 km dari bandar Klang, Selangor, Malaysia. Taman ini telah lama wujud , sekitar tahun 1982 . Andalas ialah nama lain bagi Sumatera di Indonesia. Nama ini diberi mungkin kerana Pelabuhan Klang berhadapan dengan Selat Melaka dan pulau Sumatera. Sebuah filem Melayu juga dinamakan Sri Andalas.

Pintu masuk ke taman ini berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Antara bangunan berdekatan ialah Masjid Jamek Klang, Makam Diraja Klang, Tanah Perkuburan Islam, Sekolah Khas Klang, Bukit Tinggi, Bandar Botani, Taman Petaling dan Taman Rakyat Klang. Beberapa pusat beli-belah telah dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di Klang, Pelabuhan Klang dan Taman Sri Andalas sendiri. Antaranya ialah Pusat Membeli belah Jaya Jusco AEON Bukit Tinggi, Pasar raya Tesco Bukit Tinggi, Pasar raya Giant dan Pusat Komersial Bayu Tinggi .

Lebuhraya Shah Alam - Bukit Kemuning - Pelabuhan Klang telah dibina hingga ke Taman Sri Andalas.

Mulai 2008, Sri Andalas menjadi nama Dewan Undangan Negeri Selangor . Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, DUN N49 Sri Andalas dimenangi oleh Dr Xavier Jayakumar dari Parti Keadilan Rakyat.

Ramai pekerja pelabuhan , kastam, kakitangan kerajaan tinggal di sini kerana berdekatan dengan Pelabuhan Klang, sebuah pelabuhan yang besar dan utama di Malaysia.

Terdapat 3 jalan yang menjadi laluan utama di dalam kawasan Taman Seri Andalas ini, iaitu Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tun Dr Ismail dan Jalan Tun Sambathan. Yang agak terkenal adalah Jalan Tun Dr Ismail kerana terdapat taman rekreasi yang dikenali sebagai Taman Rakyat Klang dihubungkan melalui jalan tersebut. Di laluan Jalan Tun Dr Ismail juga terdapat tapak penjaja yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan diantara gerai yang menjadi tumpuan ramai adalah Food Truck Ayam Gunting Crispy Klang, Air Tebu Abg Lan, Teh Beng Abe, Nasi Kukus Abe Mie dan lain-lain gerai lagi yang menyajikan pelbagai menu yang menyelerakan.