Taman Tasik Semenyih

Taman Tasik Semenyih terletak di antara Broga dengan Semenyih, Selangor , Malaysia. Ratusan unit rumah mewah dan sederhana dibina oleh pemaju perumahan bagi menampung keperluan pelajar dan pensyarah Universiti Nottingham yang dibina di sebelah taman ini.

Asalnya tapak pelupusan sampah sunting

Taman ini asalnya merupakan kawasan pembuangan sampah bagi Daerah Hulu Langat sebelum dipindahkan ke Bukit Ampang. Setelah Bukit Ampang ditutup akibat dua pekerja Indonesia tertimbus di sana, tempat pembuangan sampah kembali ke Semenyih iaitu di perkampungan Melayu yang dikenali sebagai Kampung Sungai Kembong Hulu.Tapak pembuangan sampah Kampung Sungai Kembong akan ditutup kerana mencemarkan Sungai Semenyih sedangkan Loji Air Semenyih yang terletak di Jenderam mengambil air di hilir Sungai Semenyih.