Taman Zooview
Taman Zooview merupakan sebuah kawasan perumahan yang terletak di Hulu Kelang, Selangor. Kawasan ini pada asalnya mempromosikan kawasan perumahan yang mempunyai pandangan kawasan zoo iaitu Zoo Negara. Taman perumahan ini juga berjiran dengan kawasan Kemensah dan Ukay Perdana. Geografi kawasan ini ialah jalan berliku dan terletak di kaki bukit.