Tombonuo merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah[1] Menurut kajian ahli antropologi, suku kaum Tombonuo berasal dari Kepulauan Palawan di Filipina.[perlu rujukan] Di Kepulauan Palawan mereka dikenali sebagai suku kaum Tag Banua yang bererti orang Benua. Pawang atau shaman atau ketua agama Pagan bagi orang Tagbanua (Palawan Filipina) dikenali sebagai Bobolian dan pawang atau bomoh yang menjadu Ketua Agama bagi suku kaum Tombonuo.

Dalam Legenda Syair Awang Semaun (BERUNAI) salah satu 9 bersaudara yang disebutkan dalam syair tersebut ialah Apu Awang. Apu Awang Adalah dipercayai adik beradik kepada Sultan Berunai Awang Alak Betatar. Di Sabah terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Pu Awang yang terdapat di daerah Paitan. Pu Awang adalah sub etnik Bangsa Sungai dan bahasanya sama dengan bahasa sungai dan Tombonuo tetapi terdapat perbezaan dari segi loghat pertuturan dan istilah sebutan.[perlu rujukan]

Tombonuo biasanya merujuk kepada suku ini yang masih menganut agama pagan, manakala bagi mereka yang telah memeluk agama Islam, mereka sering menyebut diri mereka sebagai orang Sungai.[2]

Bacaan lanjutSunting

  • Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah - Etnik Tombonuo. Denis J. Sading. Siti Aminah Roslan. ISBN 978-967-13768-8-1.

RujukanSunting

  1. ^ EWON MENGALUKAN INPUT PERSATUAN ETNIK DALAM SEDIAKAN PRASARANA LEBIH BAIK. Borneo Today. Diterbitkan pada 9 Februari 2019. Dicapai pada 31 Disember 2020.
  2. ^ H Levinsohn, Stephen (1991). "THEMATIC CONTINUITY AND DEVELOPMENT IN LANGUAGES OF SABAH": 166. doi:10.15144/PL-C118. Dicapai pada 31 December 2020. line feed character dalam |title= pada kedudukan 37 (bantuan); Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)