Tambat @ Jugah anak Muyang

ahli politik Malaysia

Tambat @ Jugah anak Muyang[2] (lahir 3 April 1964) ialah seorang ahli politik bebas Malaysia dari Sarawak. Beliau merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi P203 Lubok Antu, Sarawak.

Yang Berhormat Tuan

Tambat @ Jugah anak Muyang

Anggota Parlimen Malaysia
untuk P203 Lubok Antu, Sarawak
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehWilliam @ Nyallau Anak Badak
Digantikan olehRoy Angau Gingkoi
Majoriti
Pengerusi
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Memegang jawatan
1 Disember 2021
Didahului olehAhmad Jazlan Yaakub
Mad Zaidi Mohd Karli (interim)
Pengerusi
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Dalam jawatan
1 Jun 2020 – 30 November 2021
Didahului olehWong Tack
Digantikan olehHishamuddin Abdul Karim
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
12 Mac 2020[1] – 5 Jun 2020
Timbalan Pengerusi PRS Bahagian Engkilili
Dalam jawatan
201? – 201?
Pengerusi PRS Pujut
Dalam jawatan
20?? – 2016
Butiran peribadi
Lahir (1964-04-03) 3 April 1964 (umur 59)
Nanga Kumpang Engkili, Lubok Antu, Sarawak, Malaysia
Parti politik
  • PBDS (????)
  • Bebas (????–12 Mei 2018)
  • PKR (12 Mei 2018–5 Jun 2020)
  • Bebas (5 Jun 2020–4 November 2022)
    BERSATU (5 November 2022 - kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
HubunganAndrew Janggi Muyang (abang)

Kehidupan sunting

Jugah @ Tambat dilahirkan pada tahun 1964 serta berasal dari Rumah Machau, Nanga Kumpang Engkilili, Lubok Antu, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Beliau ialah adik kepada Andrew Janggi Muyang yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu sejak tahun 1982 sehingga kematian beliau pada tahun 1987. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia.[3][4][5]

Kerjaya politik sunting

Beliau merupakan ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum parti tersebut dibubarkan.[5]

Beliau pernah memegang jawatan pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pujut sebelum berpindah ke Lubok Antu pada tahun 2016. Seterusnya, beliau dilantik pula sebagai timbalan pengerusi PRS Bahagian Engkilili.[3]

Pada tahun 2018, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-18 (PRU-18) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak[3] sebagai calon bebas lalu menang dengan undian sebanyak 5,834 dengan majoriti 1,059 daripada 20,801 orang pengundi.[6][7]

Pada hari Sabtu 12 Mei 2018, beliau bersama lima yang lain telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan parti kerajaan persekutuan ketika itu.[8][9]

Pada hari Ahad 8 Disember 2019, Zuraida Kamaruddin yang merupakan Naib Presiden PKR telah mengecam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR, ketika ucapannya di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 lantaran dakwaannya bahawa mereka tidak menguruskan parti dengan baik.[10] Pada 17 Januari tahun berikutnya, Zuraida telah menerima surat yang menyatakan bahawa beliau diberi tempoh 14 hari bagi menjawab surat tunjuk sebab kecaman tersebut atas dakwaan salah laku disiplin.[11] Pada 20 Januari, PKR bahagian Sarawak telah mengeluarkan kenyataan menyokong Zuraida serta menggesa Lembaga Disiplin PKR agar menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan. Jugah menafikan keterlibatan beliau dalam sokongan terbabit sambil menambah bahawa beliau memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim.[12]

Beliau pernah dilantik sebagai naib presiden PKR.[13]

Pada hari Jumaat 5 Jun 2020, Jugah telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau keluar PKR lalu menjadi wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.[14] Keputusan beliau adalah kerana rasa kesalnya terhadap masalah dalaman antara parti dalam PH serta peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa kemelut politik Malaysia 2020 yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.[15] Susulan itu, penguasaan kerusi PH Sarawak menjadi lapan daripada 31 kerusi Parlimen di negeri tersebut manakala 21 orang ahli Parlimen menyokong PN dan dua orang ahli Parlimen berkecuali.[16] Malaysiakini.com melaporkan bahawa Azmin Ali bersama Ali Biju, Anggota Parlimen Saratok, berunding dengan Jugah untuk keluar daripada PKR sejak dua minggu sebelum pengumumannya.[17] Pada pagi keesokan harinya, beliau berada di kediaman rasmi Azmin Ali bersama Ali Biju untuk mengadakan pertemuan.[17] Pada tengah harinya pula, beliau bertemu dengan Muhyiddin Yassin di Putrajaya bagi menyerahkan aku janji menyokong kerajaan Perikatan Nasional.[18][19]

Rujukan sunting

  1. ^ Syahidatul Akmal Dunya (12 Mac 2020). "PKR Sarawak umum Majlis pimpinan Negeri". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2020. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  2. ^ "Maklumat Ahli Parlimen". Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  3. ^ a b c "PRU14: Jugah melobi bertanding di Parlimen Lubok Antu". Utusan Borneo Online. 3 Januari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  4. ^ "JUGAH MUYANG". PRU di Sinar. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  5. ^ a b Junau, Frankie (27 April 2018). "Parlimen Lubok Antu dijangka saksi pertarungan tiga penjuru". Utusan Borneo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  6. ^ "P203 Lubok Antu". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  7. ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P203 LUBOK ANTU Sarawak". Utusan Online. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  8. ^ "2 Ahli Parlimen Bebas Sarawak sertai PKR". BH Online. Foto oleh Mohd Asri Saifuddin Mamat dan Yahya Zainuddin. 12 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.CS1 maint: others (link)
  9. ^ "Larry Sng, Jugah masuk PKR bersama Entulu dan Entri". Utusan Borneo Online. 12 Mei 2018.
  10. ^ Mohd Firdaus Ibrahim (8 Disember 2019). "'Kita bukan pejuang PM8' - Zuraida". myMetro. Foto oleh Zulfadhli Zulkifli. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  11. ^ Mohd Iskandar Ibrahim (18 Januari 2020). "Zuraida diberi 14 hari jawab surat tunjuk sebab". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  12. ^ Tawie, Sulok (24 Januari 2020). "Sarawak MP denies backing Zuraida" [Ahli Parlimen Sarawak menafikan sokongan terhadap Zuraida]. The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  13. ^ Alyaa Alhadjri (5 Jun 2020). "MP Lubok Antu keluar PKR, umum sokong PN". Malaysiakini.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  14. ^ Mohd Roji Kawi (5 Jun 2020). "Jugah keluar PKR, ikrar sokong PM". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  15. ^ Hidayah Hairom (5 Jun 2020). "Ahli Parlimen Lubok Antu keluar PKR, ikrar sokong kerajaan PN". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  16. ^ Rudi Affendi Khalik (5 Jun 2020). "Ahli Parlimen Lubok Antu keluar PKR, ikrar sokong Muhyiddin, Abang Johari". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  17. ^ a b Tong, Geraldine (6 Jun 2020). "Kem Azmin 'bantutkan' permainan angka PH". Malaysiakini.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  18. ^ "Ahli Parlimen Lubok Antu serah akujanji sokong Muhyiddin dan PN". Astro Awani. 6 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  19. ^ Yusmizal Dolah Aling (6 Jun 2020). "Jugah janji sokong Muhyiddin, PN". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.

Pautan luar sunting