Tampin
Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. Bandar Tampin terbahagi kepada dua iaitu Tampin Negeri Sembilan dan Tampin Melaka. Tampin adalah nama bandar dan nama daerah. Sebenarnya Tampin, Melaka tidak wujud. Kawasan Tampin yang dikatakan dalam kawasan negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Orang ramai jarang menyebut Pulau Sebang tetapi menyebut kawasan Melaka itu sebagai Tampin, Melaka. Ada beberapa pejabat penting yang terletak di wilayah Melaka seperti, Hentian Teksi dan Bas Pulau Sebang, Maybank Pulau Sebang, Pusat Serenti Tampin yang terletak di Pulau Sebang dan Stesen KTM Pulau Sebang.
Tampin تمڤين | |
---|---|
Bandar | |
![]() Sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan di bandar Tampin. | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Tampin |
Ditubuhkan | 1840 |
Daerah | 1 Julai 1980 |
Kerajaan | |
• Jenis | Majlis Perbandaran |
• Tunku Besar Tampin | Tunku Syed Razman al-Qadri |
• Yang DiPertua | Tuan Haji Roduan Bin Ujang |
• Ahli Parlimen | Isam bin mohd isa |
Luas | |
• Jumlah | 329.49 km2 (170 batu persegi) |
Ketinggian | 79 m (259 ft) |
Penduduk (2020)[4] | |
• Jumlah | 96,440 |
• Kepadatan | 290/km2 (570/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman web | Majlis Daerah Tampin |
Mengenai Tampin sunting
Tampin merupakan salah satu bandar yang unik kerana bandar itu berjiran dengan Pulau Sebang, Melaka. Lampu isyarat di tengah kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan penanda sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, Tampin juga terletak di titik penghujung Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran gunung yang terpanjang di Malaysia.
Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Daerah Tampin mempunyai stesen keretapi iaitu di Gemas dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Stesen keretapi lama Batang Melaka yang pada asalnya terletak di bahagian kawasan Negeri Sembilan telah ditutup dengan rasminya, dan mulai bulan Februari 2015 stesen keretapi Batang Melaka yang baru telah mula beroperasi. Stesen Batang Melaka yang baru ini terletak di kawasan negeri Melaka. Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari pusat bandar Tampin.
Sejarah sunting
Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.
Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan yang dikenali sebagai tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol. Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.
Orang tua-tua menyebut orang yang mula-mula meneroka Tampin ialah sepasukan perompak laut seramai 70 orang yang diketuai oleh Panglima Hitam, suku Batu Hampar. Tempat yang bernama Keru dan Tebong di Tampin sekarang mula dibuka oleh seorang suku Mungkal yang datang dari Machap di Melaka. Tempat yang bernama Repah pula mula dibuka oleh orang suku Tiga Batu, tetapi cerita ini tidak mempunyai tarikh dan bukti yang nyata.
Pada 28 Januari 1832, Datuk Undang Rembau bernama Datuk Nganit telah membuat surat perjanjian dengan orang Inggeris di Melaka. Beliau telah menyerahkan Tampin kepada Syed Shaaban, menantu Raja Ali. Syed Shaaban telah mangkat di Keru Tampin pada tahun 1850.
Pada tahun 1878, Datuk Haji Sahil iaitu Undang Rembau yang ke-15 telah menghantar angkatan perangnya untuk menyerang Tampin yang diperintah oleh Tengku Besar Tampin yang kedua, Syed Abdul Hamid bin Syed Shaaban. Angkatan perang Tengku Besar Tampin yang dipimpin oleh panglimanya yang bernama Memperang Khalifah telah melawan serangan dari Rembau dan berlakulah pertempuran di antara pihak Rembau dan pihak Tampin di tempat yang bernama Legong, menyebabkan banyak nyawa terkorban dan harta benda antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya Rembau tidak dapat mengalahkan Tampin dan terpaksa berundur.[5]
Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980, hasil daripada penyusunan semula pentadbiran melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949 hektar.[6]
Demografi sunting
Penduduk Melayu sebanyak 60.1 peratus, Cina 22.8 peratus, 14.1 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 2.8 peatus bukan warganegara.[8]
Seluruh daerah Tampin mempunyai penduduk seramai 84,889 penduduk tempatan (2010) dan bancian tersebut tidak termasuk kawasan Pulau Sebang/Tampin di bahagian negeri Melaka.
Pentadbiran sunting
Tampin | |
---|---|
Kedudukan Tampin dalam Luak Rembau pada 1773 Masihi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Institusi adat | Tunku Besar Tampin |
Kerajaan | |
• Tunku Besar Tampin | Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri |
• Penghulu Pesaka Repah | Hashim Sentol |
• Penghulu Pesaka Tampin Tengah | Abdul Razak Tambi |
• Penghulu Pesaka Keru | akan dikemas kini |
• Penghulu Pesaka Pondoi/Tebong | akan dikemas kini |
Daerah Tampin merangkumi 7 mukim . 5 mukim diselia oleh Pejabat Daerah Tampin dan 2 mukim lagi dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Gemas. Kewujudan daerah kecil ini adalah untuk memudahkan orang awam yang berada di Mukim Gemas dan Ayer Kuning untuk berurusan
Pejabat Daerah Tampin & Tanah Tampin : sunting
- Mukim Tampin Tengah ( Bandar Tampin, Pekan Tampin Tengah, Mukim Tampin Tengah
- Mukim Repah ( Mukim Repah, Pekan Repah Jaya, Pekan Repah Permai
- Mukim Keru
- Mukim Tebong
- Mukim Gemencheh ( Mukim Gemencheh, Pekan Gememcheh Baru, Pekan Ayer Kuning Selatan )
Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas sunting
- Mukim Gemas ( Bandar Gemas , Pekan Pasir Besar )
- Mukim Ayer Kuning ( Mukim Ayer Kuning , Pekan Batang Melaka)
Pihak Berkuasa Tempatan sunting
Majlis Daerah Tampin merupakan PBT yang bertanggungjawab. Kawasan yang dirangkumi ialah
- Pekan Tampin Tengah
- Bandar Tampin
- Pekan Repah Jaya
- Pekan Repah Permai
- Pekan Gemencheh Baru
- Pekan Ayer Kuning Selatan
- Bandar Gemas
- Pekan Pasir Besar
- Pekan Batang Melaka
- Dan sepanjang jalan dari Pekan Tampin ke Gemas, Tampin ke Kuala Pilah
Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Tampin terdiri daripada:
- Majlis (Penggubal Dasar)
- Jawatankuasa Kecil (Penasihat Kepada Majlis)
- Pengurusan (Pelaksana).
Politik dan pilihan raya sunting
Parlimen sunting
Daerah Tampin meliputi sebuah bahagian pilihan raya persekutuan atau Parlimen yang dinamakan Parlimen Tampin. Ahli Parlimen Tampin terkini ialah Datuk Dr Hasan Bahrom dari Parti Amanah Negara mewakili Pakatan Harapan.
Dewan Undangan Negeri sunting
Daerah Tampin juga meliputi 3 buah bahagian pilihan raya negeri yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Gemas, DUN Gemencheh dan DUN Repah. DUN Gemas diwakili oleh Dato' Abdul Razak Ab Said dan DUN Gemencheh diwakili oleh Dato' Mohd Isam Mohd Isa. Kedua-duanya dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili Barisan Nasional. DUN Repah pula diwakili oleh Veerapan Superamaniam dari Parti Tindakan Demokratik mewakili Pakatan Harapan.
Perhubungan sunting
Bandar/Pekan | Jarak (km) |
---|---|
Kuala Lumpur | 124 |
Seremban | 61 |
Port Dickson | 81 |
Rembau | 23 |
Kuala Klawang | 95 |
Kuala Pilah | 36 |
Karak | 139 |
Bahau | 51 |
Alor Gajah | 17 |
Masjid Tanah | 28 |
Bandar Melaka | 40 |
Jasin | 47 |
Daerah Tampin juga merupakan sempadan antara kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Jika ke Tampin, mempunyai empat laluan seperti:
- Dari Segamat
- Dari Kuala Pilah
- Dari Rembau
- Dari Alor Gajah
Kemudahan di Bandar Tampin[9] sunting
Perbankan sunting
Pusat membeli-belah dan Pasaraya sunting
- Econsave
- Tampin Shopping Centre
- Kompleks Tampin Square
- Pasaraya Sakan
- Kedai Rakyat 1 Malaysia
- TF Value Mart Gemas
- Pasaraya Tunas Manja Gemas
- Mydin Pulau Sebang
Farmasi sunting
- Watson
- Guardian
- Alpro
- Farmasi Sentosa
Kawasan perindustrian/komersial sunting
Pasar Basah sunting
- Pasar Tampin
- Pasar Gemencheh
- Pasar Gemas
Hospital/Klinik sunting
- Hospital Tampin
- Klinik Kesihatan Gemas
- Klinik Kesihatan Gemencheh
- Klinik Pergigian Tampin
- Klinik Yahya
- Klinik Al Azim
- Poliklinik Sakti
- Klinik Pergigian Liza
Jabatan Kerajaan sunting
- Pejabat Daerah dan Tanah Tampin
- Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas
- Majlis Daerah Tampin
- Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
- Jabatan Kerja Raya Tampin
- Jabatan Pendaftaran Tampin
- Jabatan Pendaftaran Gemas
- Kem Syed Sirajuddin, Gemas
- Pejabat Pertanian
- Risda Wilayah Selatan
- Pejabat Perpaduan
- KEMAS
- Jabatan Penerangan
Tunku Besar Tampin sunting
Pada 13 September 1832, Luak Tampin ditubuhkan. 1883 pemerintah Tampin digelar Tunku Besar Tampin. Tunku Besar Tampin bersama-sama Undang yang empat merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan. Tunku Besar Tampin yang terkini ialah YTM Syed Razman bin Syed Idrus Al-Qadri, baginda ditabalkan menjadi pemerintah Tampin sejak 2005 hingga kini.
Pendidikan sunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Tampin, Jalan Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Tampin, Jalan Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin, Jln Bukit Tampin, 73000 Tampin Negeri Sembilan.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah,Taman Indah, 73000 Tampin Negeri Sembilan.
- Sekolah Kebangsaan Tampin, 73000 Tampin Negeri Sembilan.
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tampin, 73000 Tampin Negeri Sembilan.
Tempat menarik sunting
Dataran Tampin sunting
Dataran ini terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Tampin dan menjadi salah sebuah lokasi tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah pada hari biasa dan hujung minggu. Antara kemudahan yang ada ialah taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap, trek berjogging, alatan senaman, objek-objek mercu tanda yang menarik dan pentas terbuka.[10]
Taman Tasik Tampin sunting
Taman Tasik Tampin terletak kira-kira 400 meter dari hentian sebelah Tampin. Dilengkapi dengan alatan permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, wakaf, kerusi rehat dan trek berjogging. Antara lokasi yang boleh menjadi pilihan anda untuk beriadah bersama keluarga. Selain itu, gerai-gerai makanan juga terletak berdekatan dengan taman ini.[11]
Taman Rekreasi Tampin sunting
Kedudukan lokasi taman ini begitu strategik iaitu terletak berdekatan dengan Hospital Daerah Tampin, Rumah Rehat Tampin dan juga Kompleks Sukan Tampin. Keluasan kawasan Taman Rekreasi Tampin ini keseluruhannya berjumlah 9 ekar dimana 0.8 ekar adalah kawasan tasik sedia ada. Selain kehijauan alam semulajadinya, taman rekreasi ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti alat permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan trek berjoging yang panjang. Kedudukannya yang strategik memberi peluang kepada orang ramai untuk mengunjunginya sambil beristirahat bersama keluarga.[12]
Gunung Tampin sunting
Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa dari segi geografi. Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walau bagaimanapun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden. Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.[13]
Hentian Sebelah Tampin sunting
Hentian Sebelah Tampin merupakan kawasan hentian berkonsepkan Rawat Dan Rehat (R&R). Terletak di pintu masuk utama ke daerah ini daripada utara semestinya lokasi yang strategik bagi membolehkan anda berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah gerai makanan, surau dan taman permainan kanak-kanak. Terletak di kaki Gunung Tampin.[14]
Stesen keretapi Gemas sunting
Stesen keretapi Gemas merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Di sini bertembungnya laluan pantai timur, selatan dan ke utara. Namun, pada tahun 2012, stesen tersebut ditinggalkan kerana dibina sebuah stesen baru dan nampak lebih berkualiti.[15]
Rujukan sunting
- ^ "YDP Profile". Majlis Daerah Tampin. Dicapai pada 18 September 2009.[pautan mati kekal]
- ^ "Tunku Besar Tampin". Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 18 September 2009.
- ^ "Background of Tampin". Majlis Daerah Tampin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-23. Dicapai pada 18 September 2009.
- ^ Bancian penduduk 2010 laman 81
- ^ Sejarah Tampin
- ^ Sejarah Majlis Daerah Tampin
- ^ "Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 11. Dicapai pada 9 September 2012.
- ^ Taburan dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 (PDF) (Laporan). Department of Statistics, Malaysia.
- ^ Kemudahan awam
- ^ Dataran Tampin
- ^ Taman Tasik
- ^ Taman Rekreasi Tampin
- ^ Gunung Tampin
- ^ Lay By Tampin
- ^ Stesen Keretapi Gemas