Tan Chay Yan (Bahasa Cina: 陳齊賢pinyin: Chén Qíxián; 1870 - 6 Mac 1916) ialah seorang saudagar ladang getah dan dermawan . Seorang Peranakan, Tan ialah cucu kepada dermawan Tan Tock Seng oleh bapanya, Tan Teck Guan. [1]

Tan Chay Yan
陳齊賢
Kelahiran1870
Meninggal dunia6 Mac 1916(1916-03-06) (umur 45–46)
Terkenal keranaPerintis kepada industri getah di Malacca
PasanganChua Wan Neo
Anak-anakRobert Tan Hoon Siang
Ibu bapaTan Teck Guan (ayah)
Chua Siew Lim Neo (ibu)

Tan tercatat dalam sejarah Tanah Melayu sebagai orang pertama yang menanam getah secara komersial, selepas dia diperkenalkan dengan tanaman getah oleh Henry Nicholas Ridley. Sebagai permulaan, Tan telah membuka sebuah ladang getah sebesar 22-ekar (89,000 m2) di Bukit Lintang. Beliau kemudiannya menceburi dan mengembangkan perniagaan ladang getahnya ke Sri Lanka. Menurut keluarganya, kebun getah Tan masih milik keluarga itu.

Sebagai seorang dermawan, Tan juga telah memberikan sebanyak $ 15,000 untuk penubuhan sebuah kolej perubatan di Singapura. Sumbangan itu disalurkan ke arah pembinaan sebuah bangunan yang bernama Bangunan Tan Teck Guan. Bangunan itu dibina dan namakan sedemikian sempena memperingati mendiang bapanya. Tan juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran dan Pemegang Amanah untuk Kuil Cheng Hoon Teng.

Terdapat pelbagai jenis baka orkid yang bernama Vanda Tan Chay Yan, menurut salah satu buku cenderahati makan malam tahunan Peranakan Cina Melaka, akan tetapi tiada rekod siapa yang mula menamakan baka orkid sedemikian. Vanda Tan Chay Yan dinamakan oleh anaknya Robert Tan Hoon Siang yang secara peribadinya membangunkan orkid hibrid tersebut. Sebuah jalan raya di Melaka turut dinamakan sempena nama beliau memandangkan beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada hasil negara.

Tan meninggal dunia akibat malaria semasa beliau berusia 46 tahun. Seorang saudaranya mempercayai dia medapat penyakit malaria akibat sering menghabiskan masanya di ladang getah. Tan meninggalkan seorang isteri, Chua Wan Neo, yang merupakan generasi kesepuluh Nyonya dan enam anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Sebagai sebuah memorial untuk sumbangan beliau, terdapat sebuah jalan bernama Chay Yan Street seperti namanya di Tiong Bahru, Singapura .

Rujukan sunting

  1. ^ Leo Suryadinata (2012). Southeast Asian Personalities of Chinese Descent: A Biographical Dictionary, Volume I & II. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-981-4345-21-7.

Pautan luar sunting