Tan Cheng Hoe

Pemain dan jurulatih bola sepak Malaysia

Tan Cheng Hoe (Cina: 陈清和; pinyin: Chén Qīng Hé) (lahir 30 Mei 1968) ialah pengurus dan bekas pemain bola sepak dari Malaysia yang kini bertanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih kelab bolasepak Selangor. Beliau adalah penolong jurulatih untuk pasukan kebangsaan semasa Dato' K. Rajagopal & Nelo Vingada era sebelum beliau dilantik sebagai Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.

Tan Cheng Hoe
Maklumat peribadi
Nama penuh Tan Cheng Hoe 陈清和
Tarikh lahir (1968-05-30) 30 Mei 1968 (umur 55)
Tempat lahir Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Police Tero (Ketua Jurulatih)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1988–1995 Kedah
1996 Perlis
1997 Penang
1998 Kuala Lumpur
1999 Kelantan
2000–2001 Kedah
Pasukan kebangsaan
1986 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
1991 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-19
1991 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia 1 (0)
Pasukan diurus
2004–2006 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-19 (pembantu)
2007–2009 Harimau Muda A (pembantu)
2009–2011 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 (pembantu)
2009–2013 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (pembantu)
2014–2017 Kedah
2017 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (pembantu)
2017–2021 Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
2022–2024 Selangor
2024– Police Tero
Pengalaman
Lelaki Bola sepak
Mewakili  Malaysia (sebagai Ketua Jurulatih)
Naib-juara Piala AFF 2018
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik


Kerjaya bolasepak sunting

Kerjaya sebagai pemain sunting

Sebagai pemain, Tan bermain untuk pasukan Kedah FA dalam tiga final Piala Malaysia dari tahun 1988 hingga 1990. Dia tewas pada edisi 1988 dan 1989, namun akhirnya memenangi trofi itu pada edisi 1990.

Kerjaya sebagai pengurus sunting

Tan adalah pembantu jurulatih kepada Dato' K. Rajagopal dari tahun 2004 hingga 2013. Di bawah Rajagopal dan Tan Cheng Hoe, Malaysia mencapai banyak keputusan yang baik seperti mencapai peringkat suku akhir Kejohanan Remaja AFC 2004 dan layak ke Kejohanan Remaja AFC 2006. Malaysia juga menamatkan kemarau trofi mereka dalam bola sepak serantau dengan memenangi Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010.

Tan kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada 2014 selepas Dave Mitchell diarahkan oleh exco Kedah FA (KFA) untuk mengambil "cuti rehat" berikutan keputusan yang tidak memuaskan pada separuh pertama Liga Perdana Malaysia.[1]. Pada 2015, beliau membantu Kedah memenangi Liga Perdana untuk mendapat promosi ke Liga Super. Beliau dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan Liga-M di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 selepas kejayaan Piala Malaysia, menduduki tempat ketiga dalam Liga Super dan mencapai separuh akhir Piala FA[2]. Pada 2017, beliau kembali sebagai penolong jurulatih Malaysia di bawah Nelo Vingada. Dia mengambil alih sebagai ketua jurulatih Malaysia selepas Vingada mengambil keputusan untuk berundur berikutan beberapa keputusan buruk skuad negara.[3]

Dalam persiapan untuk Piala AFF 2018, Tan telah menyebut melalui artikel yang diterbitkan oleh FOX Sports Asia bahawa Malaysia adalah pasukan bawahan dan berharap peminat negara tidak akan terlalu menaruh harapan walaupun diundi ke dalam Kumpulan A yang tidak menguntungkan. Ia terdiri daripada Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos, Tan juga menambah bahwa pasukan kegemaran dalam kumpulan itu ialah Vietnam dan berharap pemain mereka tidak akan merasa terlalu banyak tekanan kerana terdapat banyak jangkaan daripadan peminat.[4] Namun secara mengejut, beliau berjaya memimpin Malaysia ke peringkat akhir selepas menyingkirkan juara bertahan dan pemenang lima kali Thailand di separuh akhir hasil gol di tempat lawan.[5][6]

Momentum ini diteruskan pada pusingan pertama ketika pasukan Malaysia di bawah pimpinannya juga berjaya mengikat pilihan kejohanan Vietnam 2-2 di tempat sendiri dalam pertandingan kedua mereka dalam kejohanan itu walaupun mereka telah menjaringkan dua gol pada babak pertama[7]. Bagaimanapun, dalam perlawanan kedua dan terakhir di Hanoi, pasukannya gagal mengulangi kejayaan yang sama apabila pemain Vietnam menjaringkan gol pada awal babak pertama pada minit ke-6 dan Vietnam mula mengetatkan pertahanan mereka, hasil perlawanan menjadi 2-3 agregat dan Malaysia meraih naib juara buat kali ketiga.[8][9]. Pasca AFF, Tan berjaya menaikkan ranking Malaysia ke peringkat 159 dengan kemenangan menentang Afghanistan, Nepal, dan Timor Leste (2 kali pada kelayakan Piala Dunia Peringkat Pertama). Justru meletakkan Malaysia dihadapan Indonesia dan Singapura untuk balang 4 pada pusingan kelayakan yang seterusnya.[10]

Statistik pengurusan sunting

Sehingga perlawanan dimainkan dari 19 Disember 2021
Pasukan Dari Ke Rekod
G M S K Menang%
Kedah 10 April 2014[11] 29 April 2017 &&&&&&&&&&&&0106.&&&&&0106 &&&&&&&&&&&&&059.&&&&&059 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&055.66000055.66
Malaysia 7 Disember 2017[12] 3 Januari 2022 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050.00
Keseluruhan &&&&&&&&&&&&0146.&&&&&0146 &&&&&&&&&&&&&079.&&&&&079 &&&&&&&&&&&&&032.&&&&&032 &&&&&&&&&&&&&035.&&&&&035 &&&&&&&&&&&&&054.11000054.11

Rujukan sunting

  1. ^ Loganath Velloo (11 April 2014). "New Kedah coach aiming for Malaysia Cup berth". The Star. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  2. ^ Alvin Oh (28 Disember 2016). "Cheng Hoe goes the extra mile to keep soaring with Red Eagles". The Star. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  3. ^ "FAM: Tan Cheng Hoe to take over as Harimau Malaya head coach". The Star. 7 Disember 2017. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  4. ^ Nicolas Anil. "Malaysia are underdogs at AFF Cup despite favourable group, says Tan". Fox Sports Asia. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  5. ^ "Football: Malaysia in AFF Suzuki Cup final after defeating Thailand on away goals". The Star. 5 Disember 2018. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  6. ^ "Thailand suffer shock exit in AFF Suzuki Cup". The Nation. 5 Disember 2018. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  7. ^ "Malaysia fight back to hold Vietnam to a draw". Bernama. The Sun. 12 Disember 2018. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  8. ^ T. Avineshwaran (16 Disember 2018). "Clinical Vietnam strike early to shatter Malaysia's dream". The Star. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  9. ^ "Vietnam beat Malaysia to claim AFF Cup". Vietnam News Agency. Vietnam+. 16 Disember 2018. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  10. ^ "Harimau Malaya Melonjak Ke Ranking 159". Astro Awani. Vietnam+. 14 Jun 2019. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  11. ^ "Football: new kedah coach aiming for top four finish". The Star Online. 11 April 2014. Dicapai pada 3 Julai 2019.
  12. ^ "tahniah tan cheng hoe dilantik sebagai ketua jurulatih harimau malaya yang baharu". Football Association of Malaysia (FAM). 12 Disember 2017. Dicapai pada 3 Julai 2019.