Tan Choo Leng (Cina ringkas: 陈子玲Cina tradisional: 陳子玲pinyin: Chén Zǐlíng) merupakan seorang peguam Singapura isteri kepada Perdana Menteri Singapura yang kedua iaitu Goh Chok Tong.

Tan Choo Leng
陈子玲
Isteri kepada Perdana Menteri Singapura
Dalam jawatan
28 November 1990 – 12 Ogos 2004
Perdana MenteriGoh Chok Tong
Didahului olehKwa Geok Choo
Digantikan olehHo Ching
Butiran peribadi
LahirSingapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
PasanganGoh Chok Tong

Tan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Singapura (kini Universiti Kebangsaan Singapura). Beliau kini merupakan peguam bela dan peguam cara untuk M/s Wong Partnership.

Beliau telah memberi banyak peruntukan kepada pelbagai jenis badan amal, dan paling dikenali kerana menjadi penaung Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Singapura(NKF). Dalam Skandal NKF 2005, beliau menjelaskan bahawa gaji tahunan beliau sebanyak $ 600,000 yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NKF ini T. T. Durai (saksi utama dalam kejadian tersebut) telah dianggap sebagai "kacang" berbanding dengan beratus-ratus juta dolar yang diuruskan oleh NKF. Kenyataan beliau kemudiannya mendapat dengan tindak balas negatif daripada kebanyakan rakyat Singapura.

Tan meletak jawatan sebagai penaung selepas Durai dan lembaga pengarah NKF tersebut meletak jawatan disebabkan oleh tekanan masyarakat pada 14 Julai 2005. Goh Chok Tong kemudian memberitahu media bahawa isterinya kesal membuat komen tersebut.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ex-NKF patron Mrs Goh Chok Tong regrets remarks about TT Durai's pay: SM Goh". Channel NewsAsia. 16 Julai 2005.