Dato' Tan Lian Hoe (Cina ringkas: 陈莲花Cina tradisional: 陳蓮花pinyin: Chén Lián Huā; lahir 14 November 1958) merupakan seorang ahli politik wanita Malaysia berbangsa Cina dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang juga bekas Ahli Parlimen bagi kerusi Gerik dan Bukit Gantang, Perak. Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan Malaysia kemudian Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan . Di peringkat akar umbi Beliau merupakan ketua wanita Parti Gerakan.[1]

Yang Berhormat Dato'

Tan Lian Hoe

DPMP (Prk)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 2013
Didahului olehJelaing Mersat
Digantikan olehAhmad Bashah Md Hanipah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P54 Gerik, Perak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehWan Hashim Wan Teh
Digantikan olehHasbullah Osman
Butiran peribadi
Lahir (1958-11-14) 14 November 1958 (umur 65)
Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Parti Gerakan Rakyat Malaysia
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Latar belakang

sunting

Beliau berasal dari negeri Melaka dan memiliki ijazah Pengajian Melayu dari Universiti Malaya dan pernah bertugas sebagai guru sebelum menyertai parti Gerakan sejak 1973.[2]

Pilihan raya 2004

sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Parti Progresif Rakyat ingin bertanding di Negeri Perak. Selepas berunding dengan parti ahli Barisan Nasional lain, akhirnya mereka diberikan kawasan Parlimen Taiping dengan M. Kayveas sebagai calon. Namun kawasan ini pada asalnya ditandingi oleh Parti Gerakan. Sebagai ganti, UMNO "meminjamkan" kawasan Bukit Gantang yang merupakan kawasan Melayu kepada Parti Gerakan. Tan Lian Hoe dihantar mewakili Parti Gerakan untuk bertanding di sana dan beliau berhasil menang.

Namun selepas itu, UMNO menyuarakan hasrat untuk bertanding di Bukit Gantang sekali lagi. Tan Lian Hoe pula ingin bertanding di kawasan Taiping dalam pilihan raya umum seterusnya, namun Kayveas tegas ingin kekal di Taiping. Akhirnya Tan Lian Hoe diberikan buat sementara bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 kawasan parlimen Lenggong oleh UMNO Perak, satu kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Tetapi pada hari keesokannya, pihak UMNO berubah fikiran dan "meminjamkan" kawasan Gerik kepadanya. Kawasan ini juga kebanyakan pengundinya berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe bertanding di sini dan sekali lagi menang.

Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Malaysia . Dalam rombakan kabinet, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan .

Pilihan raya Malaysia 2008

sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Lian Hoe bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Gerik , negeri Perak. Tan Lian Hoe telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12526.

Calon lawan ialah Mohd Noor Bin Abdul Rahman dari PAS, mendapat 6,953 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 78 %. Undi rosak sebanyak 649.


Kontroversi

sunting

Melayu juga pendatang

sunting

Semasa perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 , Tan Lian Hoe menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini. Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.

Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan polis di Balai Polis Pudu pada jam 11.30 pagi 21 Oktober 2008 ditemani anggota exco GGM Nik Rizman Sapian. Seolah-olah asal usul kaum-kaum di negara ini(Melayu, Cina dan India ) adalah sama, serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.[3]Berdasarkan sejarah Nusantara, bangsa Melayu meliputi kepulauan Filipina, Tanah Jawa sehingga ke Selatan Thai dan melangkau ke negara Yunan.Bangsa Melayu mula tegak sebagai sebuah kerajaan berdaulat apabila terbentuknya kerajaan Langkasuka/(Kedah) dan Kesultanan Melayu Melaka di samping banyak lagi kerajaan Melayu di kepulauan Nusantara.Tan tidak sepatutnya mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini kerana Umno tidak pernah sesekali mengungkit asal usul masyarakat lain. [4] Pada 22 Oktober 2008, di Dewan Rakyat, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) turut meminta penjelasan dari Tan Lian Hoe.[5]Akan tetapi di dalam sidang akhbarnya, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menghina atau mempersoalkan hak masyarakat Melayu dalam ucapannya pada 10 Oktober 2008, tetapi ucapannya itu telah disalahtafsirkan. Beliau berkata mesej yang terkandung dalam ucapannya itu adalah untuk mengingatkan pemimpin politik atau NGO supaya tidak mempolitikkan isu perkauman memandangkan Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan tindakan seperti itu akan merosakkan perpaduan kaum.[6]

Gesa Koh Tsu Koon berundur

sunting

Pada 14 Oktober 2011 dalam Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2011 , Tan Lian Hoe menyalahkan Presiden Parti, Dr Koh Tsu Koon yang lemah dan terlalu berlembut. Demi survival parti, Koh hendaklah tidak bertanding dalam PRU13 nanti. Sebaliknya menumpukan usaha untuk menguatkan jentera parti.[7] Majlis Anggota Seumur Hidup (LMC) Gerakan juga menggesa Dr Koh lebih tegas memimpin parti.Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin

Rujukan

sunting
  1. ^ [1], "Tan Lian Hoe menang tanpa bertanding ketua wanita Gerakan", Utusan Online, 3 Oktober 2008.
  2. ^ Ketua Wanita Gerakan malu kepimpinan parti 'lemah'
  3. ^ Laporan polis terhadap ketua Wanita Gerakan
  4. ^ Tan Lian Hoe Tidak Patut Ungkit Status Orang Melayu
  5. ^ Tan Lian Hoe Diminta Jelas Kenyataannya Mengenai Isu Asal Usul Rakyat Negara Ini
  6. ^ [2], "Tan: Saya tidak pernah persoal hak Melayu", Malaysiakini.com, 2 November 2008.
  7. ^ "Ketua Wanita gesa Dr Koh tak bertanding dalam PRU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-17. Dicapai pada 2011-10-15.

Pautan luar

sunting