Tanah bermasalah di Malaysia merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik standard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasalah di Malaysia. Tanah bermasalah terdiri dari 5 jenis iaitu tanah asid sulfat, tanah gambut, tanah bekas lombong, tanah bris dan tanah masin. Kebanyakan tanah bermasalah ini memerlukan kos pembangunan yang tinggi berbanding tanah lain untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasalah ini.