Tanah liat ialah kata generik untuk zarah galian silikat hidrous yang berdiameter kurang daripada 4 mikrometer. Tanah liat mengandungi hablur-hablur silika dan alumina yang halus. Unsur-unsur ini, silikon, oksigen, dan aluminium adalah unsur yang banyak komposisinya di kerak bumi. Tanah liat terhasil daripada proses luluhawa batuan silika oleh asid karbonik, tetapi sesetengah terhasil daripada kegiatan pemanasan dari dalam bumi.

Tanah liat yang tergali, di Estonia

Tanah liat membentuk gumpalan keras apabila kering dan melekit apabila basah terkena air.

Lihat jugaSunting