Tanaman penutup bumi

Tanaman penutup bumi adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan. Fungsi utamanya adalah untuk pengurusan kesuburan tanah, kualiti tanah, air, rumpai, perosak dan penyakit, biodiversiti dan hidupan liar dalam sesuatu agroekosistem.[1] Agroekosistem tersebut ialah sebuah sistem ekologi diuruskan dan dibentuk hampir keseluruhannya oleh manusia secara intensif untuk penghasilan makanan, foder atau serat.

Mucuna bracteata menjadi tanaman penutup bumi di ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia.
Arachis pintoi banyak digunakan sebagai tanaman penutup bumi bersama pokok hiasan.

Tanaman penutup bumi mendapat perhatian dalam pertanian lestari dengan kebanyakannya meningkatkan sifat kelestarian agroekosistem dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti ekosistem semulajadi sekitarnya. Petani memilih untuk menanam dan menguruskan beberapa spesis tanaman penutup bumi berdasarkan keperluan dan matlamat mereka. Ia bergantung kepada faktor biologi, persekitaran, sosial, budaya, dan ekonomi sistem makanan di kawasan petani itu beroperasi.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Lu, Y. C., K. B. Watkins, J. R. Teasdale, and A. A. Abdul-Baki. 2000. Cover crops in sustainable food production. Food Reviews International 16:121-157.
  2. ^ Snapp, S. S., S. M. Swinton, R. Labarta, D. Mutch, J. R. Black, R. Leep, J. Nyiraneza, and K. O'Neil. 2005. Evaluating cover crops for benefits, costs and performance within cropping system niches. Agron. J. 97:1-11.