Tanan berdaftar bersih

Tanan berdaftar bersih (Bahasa Inggeris: net register tonnage, atau singkatannya NRT) ialah jumlah isipadu ruang kargo yang boleh dibawa oleh sesebuah kapal ditolak dengan isipadu ruang bukan untuk kargo (seperti bilik enjin, kabin anak kapal, anjungan dan sebagainya). Bagaimanapun, kaedah pengiraannya berbeza di setiap pelabuhan atau negara. Ia mewakili isipadu ruang kapal yang boleh digunakan untuk membawa penumpang atau barangan. Ia digantikan dengan tanan bersih pada tahun 1994, di bawah Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969[1], tetapi masih digunakan dengan meluas dalam industri perkapalan.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

  1. ^ International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969 Diarkibkan 2008-01-16 di Archive.today, International Maritime Organisation. Retrieved 10 Mei, 2006.

RujukanSunting

  • The Oxford Companion To Ships & The Sea, by I. C. B. Dear and Peter Kemp. Oxford University Press, 1979. ISBN 0-19-860616-8
  • Ship Design and Construction, Volume II; Thomas Lamb, Editor. Society of Naval Architects and Marine Engineers, 2004. ISBN 99909-0-620-3