Tanan berdaftar kasar

Tanan berdaftar kasar (Bahasa Inggeris: gross register tonnage, atau singkatannya GRT, grt, g.r.t.) menunjukkan jumlah isipadu dalaman kapal, dengan pengecualian bagi ruang yang tidak produktif.[1] Satu tanan berdaftar kasar adalah bersamaan dengan isipadu 100 kaki padu (~2.83 m³).[1][2] Tanan berdaftar kasar bukanlah satu istilah untuk jumlah berat kapal atau sesaran dan tidak boleh dikelirukan dengan istilah seperti tanan kasar, tanan bersih, berat mati atau sesaran.[1][3]

Tanan berdaftar kasar ialah satu pengiraan isipadu dalaman kapal.

Pengiraan tanan berdaftar kasar adalah sangat rumit. Ruang palka boleh diisi dengan bijirin (pengiraan meliputi keseluruhan ruang udara palka) atau bandela (pengiraan tidak mengambil kira kehilangan ruang antara rusuk kapal). Selain itu, sesetengah ruang yang tidak produktif dikecualikan dari pengiraan.[1]

NotaSunting

  1. ^ a b c d Fisheries andAquaculture Department. "CWP Handbook of Fishery Statistical Standards". Food and Agriculture Organization of the United Nations. Dicapai pada 2008-03-12.
  2. ^ Sejak 1959, 100 kaki padu adalah bersamaan dengan 2.8316846592 meter padu.
  3. ^ Jumlah berat adalah berdasarkan jumlah isipadu sesuatu jisim, sebagai contoh 1 GRT air mempunyai berat 2,800 kg.

RujukanSunting

  • Hayler, William B. (2003). American Merchant Seaman's Manual. Cornell Maritime Press. ISBN 0-87033-549-9..
  • Turpin, Edward A. (1980). Merchant Marine Officers' Handbook (ed. 4th). Centreville, MD: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87038-056-X Check |isbn= value: checksum (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, dan |origdate= (bantuan)

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting