Taneti Maamau (ejaan moden: Taaneti Mwamwau, lahir 16 September 1960)[1] ialah ahli politik Kiribati yang menjawat Presiden negara tersebut yang terkini dan ke-5. Seorang ahli Parti Tobwaan Kiribati, beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perancangan dengan Kementerian Kewangan sebelum menjadi Setiausaha Tetap untuk Kementerian Kewangan dan Pembangunan Ekonomi, dan Kementerian Perdagangan, Industri dan Koperasi.[2]


Taneti Maamau
Taneti Maamau
Presiden Kiribati
Memegang jawatan
11 Mac 2016
Naib PresidenKourabi Nenem
Teuea Toatu
Didahului olehAnote Tong
Butiran peribadi
Lahir (1960-09-16) 16 September 1960 (umur 63)
Onotoa, Kepulauan Gilbert dan Ellice (sekarang Kiribati)
Parti politikParti Tobwaan Kiribati
PasanganTeiraeng Tentoa Maamau
Alma materUniversiti Pasifik Selatan
Universiti Sydney
Universiti Queensland

Pada tahun 2002, Maamau bersara dari perkhidmatan awam untuk menyertai politik dan menang pada tahun 2007 satu daripada dua kerusi untuk pulau asal kawasan pilihan raya Onotoa. Pada 2011 dan pada 2015, beliau dipilih semula ahli Maneaba ni Maungatabu (parlimen).[3] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Kewangan di bawah Presiden Teburoro Tito[perlu rujukan]

Maamau bertanding untuk pilihan raya presiden 2016, di mana beliau disokong oleh gabungan baru Parti Tobwaan Kiribati. Beliau menerima sokongan dari bekas presiden Teburoro Tito, pendahulu Anote Tong.[4] Beliau memenangi pilihan raya tersebut dan diisytiharkan Presiden secara rasmi selepas menang menentangi part pemerintah dengan hampir 60%. Beliau mula penggal pertamanya pada 11 Mac 2016.[5][6]

Pada bulan Ogos 2018, beliau dilantik sebagai Canselor Universiti Pasifik Selatan.[7]

Pada bulan September 2019, Maamau menamatkan hubungan diplomatik Kiribati dengan Taiwan dan menubuhkan hubungan diplomatik dengan China. Keputusan tersebut datang selepas Taiwan menolak permintaan Maamau untuk "bantuan kewangan besar untuk membeli kapal terbang komersial".[8] Akibatnya, parti pentadbirnya hilang majoriti pada pilihan raya parlimen 2020 dari 34 kerusi hingga 22 kerusi.[9]

Beliau bertanding untuk pilihan raya semula di pilihan raya presiden 2020 menentang bekas ahli parti Banuera Berina dari Parti Boutokaan Kiribati Moa. Taneti memenangi pilihan raya dengan 59% undian dan mengangkat sumpah secara rasmi untuk penggal keduanya pada 24 Jun 2020.[10]

Pada bulan Ogos 2020, Maamau mengumumkan rancangannya meminta sokongan dari China dan sekutu diplomatik lain untuk membesarkan pulau-pulau di Kiribati.[11] Hal ini merupakan gerak balas terhadap ancaman peningkatan aras laut dan perubahan iklim yang muncull[12]

Pada bulan Oktober 2020, Maamau bersama dengan empat pemimpin Mikronesia yang lain mengugut tarik diri daripada Forum Pulau Pasifik jika calon mereka tidak dipilih sebagai Setiausaha Agung menambah "Mijronesia akan kekal tegas dan bersatu dalam kedudukannya untuk memandu pimpinan Forum".[13][14]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "President Taneti Maamau" Diarkibkan 2020-02-20 di Wayback Machine, Republic of Kiribati Presidential Web Portal
  2. ^ "President Taneti Maamau biography | President Taneti Maamau" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-20. Dicapai pada 2020-08-15.
  3. ^ "Maneaba Ni Maungatabu" (PDF). Parliament.gov.ki. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-10-19. Dicapai pada 2016-03-13.
  4. ^ "Pacific Islands News Association : PACNEWS - News reader". Pina.com.fj. Dicapai pada 2016-03-13.
  5. ^ "Taneti Maamau declared new president of Kiribati - Fiji Times Online". web.archive.org. 2016-03-11. Dicapai pada 2020-08-15.
  6. ^ RB. "Kiribati: un nouveau président élu à la place d'un champion de la cause climatique". TAHITI INFOS, les informations de Tahiti (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2020-08-15.
  7. ^ "Chancellor". Universiti Pasifik Selatan. Ogos 2018. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  8. ^ Lyons, Kate (2019-09-20). "Taiwan loses second ally in a week as Kiribati switches to China". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-08-15.
  9. ^ Pala, Christopher (2020-04-24). "Pro-China Kiribati president loses majority over switch from Taiwan". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-08-15.
  10. ^ "Kiribati's pro-China leader wins re-election in blow to Taiwan". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-23. Dicapai pada 2020-08-15.
  11. ^ Friday; August 2020, 14; Conversation, 4:20 pm Article: The. "Pacific People Have Been 'Pummelled And Demeaned' For Too Long – Now They're Fighting Back | Scoop News". www.scoop.co.nz. Dicapai pada 2020-09-11.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  12. ^ Pala, Christopher (2020-08-10). "Kiribati's president's plans to raise islands in fight against sea-level rise". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-11.
  13. ^ "Micronesian countries challenge PIF to appoint their joint candidate or face mass withdrawal from PIF". FijiTimes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-19.
  14. ^ "Micronesian nations to withdraw from forum if concerns not heeded". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-04. Dicapai pada 2020-10-19.


Jawatan politik
Didahului oleh
Anote Tong
Presiden Kiribati
2016–sekarang
Pemegang jawatan kini