Tangguhan rasa tidak percaya

Tangguhan rasa tidak percaya (suspension of disbelief) ditakrifkan sebagai suatu kesanggupan menangguh pemikiran yamg dilakukan secara kritis lalu mempercayai perkara yang luar biasa dan aneh; yakni mengorbankan rasa realisme dan logika demi menghayati sesebuah pengalaman.[1]

Konsep ini mula diilhamkan oleh Samuel Taylor Coleridge, seorang penyajak dan filsuf estetika pada tahun 1817 dalam konteks puisi,[2] di mana beliau menyatakan jika sekiranya seseorang penulis itu "mampu menerapkan minat yang kemanusiaan dan suatu bayangan hakikat" kepada suatu cerita fantasi, maka si pembaca akan sanggup menangguhkan rasa mengadili kemungkinan benarnya penceritaan tersebut.

Penangguhan rasa tidak percaya ini sering dipakai dalam karya rekaan bergenre aksi, komedi, fantasi dan seram.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "suspend disbelief (phrase)". Oxford Dictionaries (ed. Online). Oxford University Press. 2018. OCLC 656668849. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 29 Julai 2018.
  2. ^ Safire, William. On Language; Suspension of Disbelief. New York Times. 7 Oktober 2007.

Pautan luar sunting