Tanguy Ndombele Alvaro (lahir 28 Disember 1996) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Galatasaray secara pinjaman dari Tottenham Hotspur dan pasukan kebangsaan Perancis.

Tanguy Ndombele
Maklumat peribadi
Nama penuh Tanguy Ndombele Alvaro[1]
Tarikh lahir (1996-12-28) 28 Disember 1996 (umur 27)[2]
Tempat lahir Longjumeau, Perancis
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Galatasaray
(dipinjam dari Tottenham Hotspur)
Nombor 91
Kerjaya remaja
2002–2005 FC Épinay Sous Sénart
2005–2009 FC d'Épinay Athletico
2009–2011 E.S.A. Linas-Montlhéry
2011–2014 Guingamp
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Amiens B 22 (1)
2016–2018 Amiens 33 (2)
2017–2019 Lyon 66 (1)
2019– Tottenham Hotspur 63 (6)
2022Lyon (pinjam) 11 (0)
2022–2023Napoli (pinjam) 30 (1)
2023–Galatasaray (pinjam) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Perancis B21 11 (0)
2018–2021 Perancis 7 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:49, 4 Mei 2023 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Ndombele telah dilahirkan di Perancis dan kedua-dua ibu bapanya berasal daripada keturunan Republik Demokratik Congo.[4] Sebagai kanak-kanak, beliau beraksi di FC Épinay Athlético yang merupakan sebuah kelab berpusat di Épinay-sous-Sénart kira-kira 20 kilometer dari selatan Paris. Beliau kemudian berpindah ke Brittany semasa beliau berusia 14 tahun untuk beraksi bersama kelab Guingamp. Beliau menghabiskan masa selama tiga musim itu. Beliau kemudiannya tidak ditawarkan kontrak pada penghujung perkembangan karier belianya. Pada usia 16 tahun, beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 11 Januari 2014 dengan mewakili pasukan simpanan selepas menggantikan Vital N'Simba pada lewat permainan.

Beliau seterusnya berpindah ke SC Amiens yang baru tersingkir dari Ligue 2 pada Jun 2014. Beliau telah mengambil peluang ini untuk melakukan percubaan dengan beberapa kelab antaranya Auxerre, Caen dan Angers tetapi kelab-kelab tersebut tidak berminat. Isunya sekarang ialah Ndombele dikritik memiliki berat badan berlebihan walaupun para penguji perasan bahawa beliau merupakan seorang "playmaker" yang baik.

Ndombele bersama selama dua musim bersama pasukan simpanan Amiens dalam saingan Championnat National 3. Beliau hanya beraksi satu perlawanan semasa musim 2014-15 iaitu pada 8 November 2014 dan sekali lagi beliau beraksi pada hujung permainan. Beliau menjadi tonggak utama pasukan semasa musim 2015–16 dengan melakukan 18 penampilan.

Lyon sunting

Pada 31 Ogos 2017, Ndombele telah berpindah ke Lyon secara pinjaman selama satu musim penuh. Menurut L'Équipe, Lyon telah membayar 2 juta euro untuk melengkapkan pinjaman itu. Lyon juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain itu secara tetap dengan bayaran 8 juta euro dan termasuk kemungkinan bonus sebanyak 250,000 euro serta 20 peratus daripada mana-mana keuntungan yang dibuat akan diserahkan oleh Lyon kepada kelab-kelab lain.[5]

Ndombele melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama Lyon pada 17 September 2017 semasa pasukannya berdepan kekalahan 2-0 kepada Paris Saint-Germain. Beliau telah beraksi sebagai barisan kesebelasan utama sebelum digantikan oleh Christopher Martins pada minit ke-72. Pada 15 February 2018, Ndombele menjaringkan gol pertamanya untuk Lyon pada minit ke-46 permainan ketika perlawanan Liga Europa menentang Villarreal yang berakhir dengan kemenangan 3-1.[6]

Musim sulungnya di Lyon sangat cemerlang apabila beliau membantu pasukannya untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas Lyon menduduki tangga ketiga liga di belakang PSG dan Monaco. Beliau menjadi tonggak utama pasukan bersama-sama dengan Ferland Mendy dan Houssem Aouar yang merupakan salah seorang daripada pemain muda terbaik Lyon. Beberapa pasukan juga menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain Perancis itu tetapi Lyon menjelaskan bahawa pihak kelab tidak akan menjualnya atau kembali ke kelab lamanya, Amiens. Jadi, Lyon telah membayar 8 juta euro sebagai klausa pelepasan untuk menandatangani Ndombele secara tetap.

Pada musim berikutnya, Lyon mendapatkan khidmat Ndombele secara tetap dan kontraknya telah dilanjutkan sehingga tahun 2022 bersama dengan skuad Gones. Beliau memulakan kempen musim baru dengan beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City di Etihad Stadium. Beliau beraksi dengan cemerlang menentang pemain-pemain berkelas dunia apabila membantu Lyon mengecewakan kelab gergasi Inggeris itu dengan kemenangan 2-1 hasil jaringan oleh Cornet dan Fekir. Prestasinya yang dinilai lima bintang melonjakkann dirinya untuk menarik minat daripada beberapa kelab gergasi Eropah seperti Manchester City, PSG dan juga Real Madrid. Beliau seterusnya menjaringkan gol pertamanya pada aksi Liga Juara-Juara semasa menentang Hoffenheim pada 11 November 2018 yang berakhir dengan keputusan seri 2-2. Apabila perkembangannya kariernya di Lyon semakin baik, beliau beraksi dengan konsisten dan tidak dapat mengelakkan kemungkinan akan berpindah pada musim panas pada kali ini. Beliau menjaringkan gol sulungnya di Ligue 1 semasa menentang Nîmes pada 24 Mei 2019. Lyon akhirnya menamatkan kempen di kedudukan ketiga liga di belakang Lille dan PSG. Pasukannya juga telah disingkirkan oleh Barcelona pada pusingan ke-16 Liga Juara-Juara dan menyaksikan pasukannya kemarau trofi pada musim itu walaupun menghasilkan keputusan yang cemerlang menentang kelab-kelab besar (kemenangan 2–1 ke atas PSG, kemenangan 2-1 dan seri 2-2 menentang Manchester City, seri 0-0 menentang Barcelona). Presiden Lyon iaitu Jean-Michel Aulas mengumumkan bahawa beliau telah menerima tawaran luar untuk mendapatkan Ndombele dan pemain itu mungkin akan berpindah pada musim panas ini.[7]

Tottenham Hotspur sunting

Pada 2 Julai 2019, Ndombele melakukan perpindahan ke Tottenham Hotspur dengan nilai peprindahan sebanyak 62 juta euro dan nilai bonus perpindahan itu sebanyak 10 juta euro.[8] Ndombele melakukan penampilan sulungnya pada kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa 2019 ketika menentang Juventus. Selang seminit menjadi pemain gantian dan mendapatkan sentuhan bola pertamanya bersama Tottenham, Ndombele melakukan hantaran kepada jaringan gol Lucas Moura.[9] Tottenham meraih kemenangan dalam perlawanan itu dengan kedudukan 3–2.

Pada 10 Ogos 2019, Ndombele melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Aston Villa. Dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk membantu Tottenham bangkit daripada ketinggalan sebelum memperoleh kemenangan 3-1.[10]

Oleh kerana mempamerkan prestasi yang hambar selepas perlawanan terikat seri 1-1 menentang Burnley pada 7 Mac 2020, pengurus José Mourinho telah mengkritik prestasi Ndombele yang tidak profesional. [11]. Ndombele juga telah dikesan sedang menjalani latihan di taman North London bersama Mourinho semasa pandemik COVID-19 di United Kingdom. Mourinho kemudiannya telah memohon maaf. [12]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 11 Oktober 2018, Ndombele melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior Perancis dengan menggantikan Paul Pogba pada minit ke-67 dalam perlawanan persahabatan menentang Iceland yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.[13]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 7 Mac 2020.[14]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Amiens 2016–17 30 2 0 0 1 0 31 2
2017–18 3 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah 33 2 0 0 1 0 34 2
  Lyon 2017–18 32 0 4 0 1 0 10[c] 1 47 1
2018–19 34 1 5 0 2 0 8[d] 2 49 2
Jumlah 66 1 9 0 3 0 18 3 96 3
  Tottenham Hotspur 2019–20 19 2 2 0 0 0 6[d] 0 27 2
Jumlah kerjaya 116 3 11 0 4 0 24 4 156 7
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ Termasuk Coupe de la Ligue dan Piala EFL.
  3. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  4. ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Antarabangsa sunting

Sehingga 11 Jun 2019.[15]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2018 4 0
2019 2 0
Jumlah 6 0

Pencapaian sunting

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Paris Saint-Germain 5–0 Olympique Lyonnais" (PDF) (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Tanguy Ndombele". L'Équipe (dalam bahasa French). Paris. Dicapai pada 13 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Tanguy Ndombele: Overview". Premier League. Dicapai pada 29 August 2019.
  4. ^ Enyimo, Martin (3 August 2016). "Ligue 2 française : des RD-Congolais de souche titulaires en clubs en première journée | adiac-congo.com : toute l'actualité du Bassin du Congo". Accueil Adiac (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 25 December 2016.
  5. ^ Martin, R. (31 August 2017). "Tanguy Ndombélé signe à Lyon - Foot - Transferts". L'Équipe (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 8 September 2017.
  6. ^ "OL, OM fire as Nice get hat-tricked". Ligue de Football Professionnel. 15 February 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2018. Dicapai pada 15 February 2018.
  7. ^ Carter, Ben (20 May 2019). "Tanguy Ndombele: Lyon President Confirms 3 Offers Have Been Made Amid Man Utd & Man City Interest". 90min.com. Dicapai pada 19 August 2019.
  8. ^ Hytner, David (2 July 2019). "Tanguy Ndombele signs six-year Tottenham deal to seal £55m move". The Guardian. Dicapai pada 2 July 2019.
  9. ^ talkSPORT (21 July 2019). "Spurs fans need just one minute to make up minds about Ndombele". talkSPORT. Dicapai pada 22 July 2019.
  10. ^ Krishnan, Joe (10 August 2019). "Tottenham 3 Aston Villa 1: Tanguy Ndombele debut goal starts fightback as Harry Kane scores late brace". Evening Standard. Dicapai pada 10 August 2019.
  11. ^ "Tanguy Ndombele: Jose Mourinho slates Tottenham's record signing". BBC Sport. 7 March 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  12. ^ Hytner, David (8 April 2020). "José Mourinho admits error in coaching Ndombele amid virus crisis". The Guardian. Dicapai pada 11 April 2020.
  13. ^ Crossan, D. (11 October 2018). "France recover to draw with Iceland" (dalam bahasa Perancis). Ligue de Football Professionnel. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2018. Dicapai pada 12 October 2018.
  14. ^ "Tanguy Ndombele". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 6 September 2017.
  15. ^ "Tanguy Ndombele". eu-football.info. Dicapai pada 12 October 2018.
  16. ^ "Trophées UNFP 2019 : Le palmarès complet" (dalam bahasa Perancis). Ligue de Football Professionnel. 19 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2019. Dicapai pada 29 May 2019.
  17. ^ "UEFA Champions League Squad of the Season". UEFA. 2 June 2019. Dicapai pada 2 June 2019.

Pautan luar sunting