Tania Hudson

Pelakon wanita Malaysia

Tania Nadira Hudson (lahir Tania Nadira Mohd Redzuan; 7 Oktober 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada pelakon, Natasha Hudson.[2] Beliau terkenal dengan peranan lakonannya di televisyen termasuk Mayang Mengurai (2010), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) dan Sejadah Untuk Dia (2018). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Abang Long Fadil 2 (2017) dan KL Special Force (2018) yang kedua-duanya arahan Syafiq Yusof.[3]

Tania Hudson
Kelahiran
Tania Nadira binti Mohd Redzuan

(1985-10-07) 7 Oktober 1985 (umur 38)
Warganegara
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1996; 2009–kini
SaudaraNatasha Hudson (kakak)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Tania Nadira binti Mohd Redzuan pada 7 Oktober 1985 di Ipoh, Perak dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Kakaknya, Natasha Hudson, juga bergiat aktif sebagai pelakon. Seperti kakaknya, beliau juga menggunakan nama keluarga ibunya, ‘Hudson’.[4]

Kerjaya sunting

Tania sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, tetapi kurang menyerlah dan kelibatnya sukar dilihat dalam banyak drama ataupun filem.[5] Tania juga aktif dalam iklan komersial dan mula aktif pada usia 18 tahun. Antara iklan yang pernah dijayakannya ialah Kamera Ixus, F&N, Hotlink, Seawhite Skincare.[6]

Tania memegang watak judul dalam siri drama Mayang Mengurai yang disiarkan di TV3 dari 12 Januari hingga 11 Februari 2010.[7] Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem aksi 2014, Balistik lakonan Rosyam Nor dan Rita Rudaini.[8]

Tania digandingkan bersama Zizan Razak dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof,[9] memegang watak sebagai Yana, wartawan TVKL.[10][11] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 hingga meraih kejayaan komersial, dan turut menyaksikan kemunculan semulanya dalam bidang lakonan.[12] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Tania tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-29.[13] Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syafiq menerusi filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung, KL Special Force lakonan Syamsul Yusof, Fattah Amin dan Rosyam Nor. Tania memegang watak sebagai Mia, tunang kepada Inspektor Zul lakonan Fattah.[3][14]

Beliau kini menjalani penggambaran drama Bila Hati Berbisik.[15] Tania kembali melakonkan wataknya sebagai Yana dalam Abang Long Fadil 3 (2022).

Kehidupan peribadi sunting

Tania berdarah kacukan Melayu dan Australia, beliau menghidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM) sejak usia kecilnya dan kini kembali pulih dan sihat. Sepanjang tempoh menghidap penyakit itu, beliau bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.[16][17]

Sebelum ini, beliau pernah digosipkan menjadi punca perpisahan pelakon Fattah Amin dan Neelofa, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[18] Beliau turut menafikan mempunyai hubungan dengan Fattah.[19] Tania dilaporkan mempunyai lebih 60,000 pengikut di laman Instagram beliau.

Dalam satu temuramah bersama Malaysian Digest pada Jun 2017, Tania mengakui terasa janggal meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung. "Selalunya dua hari sebelum raya memang kami sekeluarga akan balik ke kampung. Keluarga ibu saya besar, dia ada 12 adik beradik. Jadi hari raya memang sangat meriah."[20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Ngorat Sherry Filem pertama
2014 Balistik Zira
Mana Mau Lari Penyambut chalet Penampilan khas
2017 Abang Long Fadil 2 Yana
2018 KL Special Force Mia
2021 Antaramasa Zahra
2022 Abang Long Fadil 3 Yana

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Mayang Mengurai Mayang Mengurai TV3
Tiramisu Liana
2011 Kias Ramadan Juruwang Episod: "Seri Muka"
2012 Friday I'm In Love Janna TV9
2013 Surat Dari Langit Biru Lisa TV3
2014 Mencari Cinta Nora TV1
2016 Kasih Dari Langit TV AlHijrah
2017 Cucu Tauke Beras Atikah TV3
Encik Suami Mat Salih Celup Yazmin
2018 Sejadah Untuk Dia Suraya Astro Oasis
2020 Dia Random Guy Alina Suffiya TV Okey
Bila Hati Berbisik
2021 Tahyul Aminah TV3
2022 Demi Linda TV Okey
2023 Rindu Darul Iman Afifah Penapilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Antara Denai
Lagu Kita
2010 Nadira Nadira
Tika Cinta Berbisik Diahana TV1
2011 Dekat Padaku Hani
2014 Cinta Hati Suri

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi
1996 "Bagaikan Puteri" Farra

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Harapan Wanita Tania Hudson, Abang Long Fadil 2 Tercalon [13]
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Zizan Razak) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pasangan Serasi Filem (bersama Zizan Razak) Abang Long Fadil 3 Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Tania Hudson Azhan.co (19 April 2017). Diperoleh pada 11 Oktober 2017.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (20 Ogos 2017). Tania Hudson: Kuatnya si pejuang hidup Utusan Malaysia. Diperoleh pada 2 Mei 2017.
  3. ^ a b Angelin Yeoh (26 Mac 2018). "Tania Hudson wants to do more action movies". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-02. Dicapai pada 2 April 2018.
  4. ^ Ardini Sophia Sina (7 Julai 2018). "Terbuka terima tawaran". Harian Metro. Dicapai pada 8 Julai 2018.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (20 Februari 2018). "'Bukan tiada tawaran'". Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  6. ^ "7 Perkara Kamu Perlu Tahu Tentang Tania Hudson". Cosmopolitan Malaysia. 21 Disember 2016. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  7. ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (18 Januari 2010). "Mayang Mengurai, Rapunzel Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2018.
  8. ^ Naufal Idris. "Tania Hudson tidak pilih watak". Karangkraf. Dicapai pada 12 Mei 2017.
  9. ^ Zaidi Mohamad (10 Januari 2016). "Tania Hudson tak tahan usikan Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  10. ^ "Jadi 'Wartawan Penyiaran', Tania Hudson Hanya Belajar Dari Youtube". Astro Gempak. 22 Ogos 2017. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  11. ^ "Tania sedia lakonan dikritik". Utusan Malaysia. 12 Ogos 2017. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  12. ^ Ridzuan Abd Rahman (11 Julai 2016). "Tania kembali aktif". Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  13. ^ a b Izwan Mohd Isa (26 September 2017). Natasha Hudson masih mahu berlakon Diarkibkan 2018-06-27 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  14. ^ NurFarhana Mohamed (22 Februari 2018). "Tania kian selesa atur langkah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2018.
  15. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Februari 2020). "Kembali menyerlah". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  16. ^ "Tania Hudson opens up". The Star (Malaysia). 26 Mei 2016. Dicapai pada 2 April 2018.
  17. ^ "Tania Hudson says that 2016 is hers to conquer". Yahoo!. 26 Mei 2016. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  18. ^ Kemalia Othman (20 Disember 2016). ""Saya Dan Fattah Amin Sekadar Kawan Biasa" - Tania Hudson". mStar Online. Dicapai pada 2 April 2018.
  19. ^ "Tania Hudson nafi bercinta dengan Fattah Amin". Utusan Malaysia. 20 Disember 2016. Dicapai pada 13 Jun 2017.
  20. ^ ""Tak syok Raya di KL" - Tania Hudson". Malaysian Digest. 28 Jun 2017. Dicapai pada 24 Jun 2018.

Pautan luar sunting