Tanjong Pagar (Jawi: تنجوڠ ڤاݢر) ialah daerah bersejarah yang terletak dalam lingkungan Central Business District di Singapura, mencelapak Kawasan Perancangan Outram dan Downtown Core di bawah zon-zon perancangan bandar Lembaga Pembangunan Semula Bandar.

Tanjong Pagar

Jalan Tanjong Pagar
Nama Cina
Bahasa Cina: 丹戎巴葛
Nama Melayu
Bahasa Melayu: Tanjong Pagar
تنجوڠ ڤاݢر
Nama Tamil
Bahasa Tamil: தஞ்சோங் பகார

Asal-usul sunting

Nama Tanjong Pagar mencerminkan asal-usulnya sebagai perkampungan nelayan Melayu yang terletak di bekas tanjung. Adalah diduga bahawa nama ini diilhamkan oleh kehadiran kelong sepanjang pesisiran pantai dari kampung Tanjong Malang hingga tempat yang kini bernama Tanjong Pagar. Mungkin juga nama ini diubah daripada nama asalnya Tanjong Passar, sebatang jalan yang terbentang dari Jalan South Bridge ke perkampungan nelayan itu dan terdapat dalam Map of the Town oleh George Drumgoole Coleman pada tahun 1836.

Satu lagi kisah menarik yang membawa kepada nama pantai ini adalah dari legenda. Menurut Sejarah Melayu, pada suatu masa dahulu, kampung-kampung di sepanjang pesisiran Singapura menghadapi serangan kawanan ikan todak. Atas nasihat seorang budak lelaki pintar bernama Hang Nadim, Sri Maharajah membina perintang yang terdiri daripada batang pisang sepanjang pesisiran, yang berjaya memerangkap ikan yang menyerang itu pada mancung. (Lihat juga: Singapura Dilanggar Todak)

Nama asal untuk Tanjong Pagar juga dikatakan adalah Salinter, sebuah kampung nelayan. Apabila Tanjong Pagar Dock Company (1864) diasaskan kerana berkembangnya kegiatan perkapalan pada 1850-an, maka dibinanya dermaga. Tanjong Pagar barangkalinya memaksudkan kedudukan Pintu 3 PSA berhampiran Limbungan Victoria. Di sekeliling Tanjong Pagar terdapat paya bakau yang diisi tanah dari Gunung Palmer dan bukit-bukit kecil berhampiran yang lain untuk penyambungan limbungan-limbungan hingga ke Telok Blangah.

Galeri sunting

Pautan luar sunting