Tanjung Bin terletak di muara Sungai Pulai, daerah Pontian, Johor, Malaysia. Antara lokasi berdekatan ialah Kampung Pok,Kampung Paya Mengkuang, Kampung Sungai Boh,Kampung Tiram,Gelang Patah,Kukup,Kampung Serkat,Kampung Tanjung Kupang,Kampung Serkat Laut,Kampung Permas Besar,Pekan Penerok dan lain-lain di Tanjung Piai.

Loji janakuasa elektrik sunting

Di tepi pantai inilah dibina Loji Janakuasa Tanjung Bin menggunakan arang batu. Pada 14 Jun 2011, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin mengumumkan syarikat Transpool Sdn Bhd mendapat tender pembinaan loji itu. Transpool merupakan pembida yang disenarai pendek , bertanggungjawab mereka bentuk, membekal, menjayakan, mengurus operasi dan menyelenggara loji janakuasa .Operasi dimulakan pada 1 Mac 2016.

Loji janakuasa Tanjung Bin seperti di Loji Janakuasa Manjung, Perak akan menggunakan arang batu yang dimport dari China.Kapasitinya 2,000 MW mampu membekalkan elektrik di Iskandar Malaysia, selatan Johor dan Semenanjung Malaysia jika berlaku kecemasan.[1]

Malakoff Corporation Bhd ialah anak syarikat MMC Corporation Bhd (51 %) .Tranpool adalah anak syarikat Malakoff , akan membina dan membangunkan loji tersebut.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Kos loji Tanjung Bin diumum selepas jawapan Transpool
  2. ^ "Kontrak IPP Tg Bin tidak melalui tender terbuka". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-18.