Tanjung Langsat

pekan di Pasir Gudang, Daerah Johor Bahru, Malaysia

Koordinat: 1°28′20″N 104°00′37″E / 1.4721247°N 104.0101963°E / 1.4721247; 104.0101963Tanjung Langsat ialah sebuah pekan di Pasir Gudang, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tanjung Langsat mendapat manfaat daripada pembangunan pesat di sekitar Pelabuhan Pasir Gudang yang cuba menyaingi kemajuan pesat pulau Singapura sebagai sebuah pelabuhan entreport.

Kawasan perindustrian Tanjung Langsat merupakan kawasan industri berat dan industri berteknologi tinggi yang dibangunakan oleh Kerajaan Johor melalui pengurusan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pasir Gudang.

Pembangunan Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat memberi kesan kepada pembangunan di kawasan sekitarnya dan seterusnya akan mendorong pemaju-pemaju swasta merancang pelbagai projek pembangunan untuk memajukan kawasan sekitarnya termasuklah kawasan-kawasan perumahan sekitar Tanjung Langsat, Taman Kota Masai, Taman Scientex dan Nusa Damai.

Tanjung Langsat menyediakan kemudahan kepada kapal dagang dan kapal kontena yang keluar dan masuk pelabuhan yang dikenali sebagai Pelabuhan Tanjung Langsat. Sebuah terminal minyak iaitu Terminal Minyak Pelabuhan Tanjung Langsat berfungsi untuk mengepam minyak secara pukal ke dalam kapal dan sebaliknya. Terminal minyak ini dikendalikan oleh syarikat swasta , Tanjung Langsat Port Sdn Bhd .

Pada 17 Ogos 2008, satu tangki minyak di terminal minyak ini terbakar dan gagal dipadamkan kerana kekurangan alatan yang mencukupi. Api merebak dengan pantas ke tangki minyak yang kedua. Bagaimanapun kebakaran dapat dikawal oleh pihak bom dan kecemasan swasta .[1]

Rujukan sunting