Buka menu utama
Mukim Tanjong Piandang
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Kerian
MukimMukim Tanjong Piandang
KeluasanN/A

Tanjung Piandang merupakan sebuah mukim yang terletak di bahagian utara negeri Perak, Malaysia. Tanjung Piandang termasuk di dalam pentadbiran daerah Kerian dan merupakan salah satu mukim di daerah Kerian, Kawasan yang menarik di Tanjung Piandang ialah Pantai Ban Pecah.

Isi kandungan

RiadahSunting

Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing di kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan lautnaya antaranya makanan yang menarik di kerian ialah 'kari sembilang merah' Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini untuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.

Senarai kampungSunting

Jelapang padiSunting

Mukim Tanjung Piandang merupakan salah satu mukim di daerah Kerian yang merupakan "Jelapang Padi Negeri Perak" kerana bentuk muka buminya yang rata menjadi pertanian utama penduduk mengusahakan sawah yang merupakan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini. Walaupun Tanjung Piandang tidak terkenal dengan pelancongan atau lain-lain namun ekonomi negeri Perak juga bergantung kepada pertanian tersebut, Kerana pertanian sawah ini merupakan pendapatan kepada penduduk Tanjung Piandang.

Bentuk muka bumiSunting

Bentuk muka bumi Tanjung Piandang adalah tanah rata atau pamah kurang dari 5 meter dari paras laut. Kawasan tanah pamah ini ditebus guna dengan membuat petempatan baru dan membuka banyak tanah untuk dijadiakn sawah padi serta tanaman kelapa sawit. Sistem perparitan disini menggunakan teknologi terkini yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian pada beberapa tahun yang lepas dengan peruntukkan sebanyak RM3 Juta.

PendudukSunting

Peratusan penduduk di mukim Tanjung Piandang ialah kaum Melayu dengan peratusan sebanyak 55%, manakala kaum Cina sebanyak 35% dan kaum terkecil iaitu kaum India dengan 8% peratus manakala 2% lagi adalah lain-lain. Penduduk kaum Melayu di Tanjung Piandang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan di pekan Tanjung Piandang. Kaum Cina pula tinggal di kawasan pedalaman nelayan ataupun dipanggil "Bagan Cina" dan di pekan Tanjung Piandang manakala kaum India pula tinggal di petempatan Cina dan juga Melayu, serta etnik lain hanyalah untuk bekerja sahaja.

PendidikanSunting

Berikut merupakan senarai sekolah di Tanjung Piandang:

Sekolah rendahSunting

Sekolah menengahSunting

Masjid di Tanjung PiandangSunting

PentadbiranSunting

Mukim Tanjung Piandang ditadbir oleh seorang Penghulu iaitu [[]Penghulu Mukim Tanjung Piandan]g, En Mohammad bin Eslah dengan 8 buah kampung yang ditadbir oleh Ketua Kampung masing-masing.

RujukanSunting