Tanjungpinang

kota di provinsi Kepulauan Riau, Indonesia
Kota Tanjung Pinang
Bintan [[{{{provinsi}}}]]
Lambang Kota Tanjung Pinang.
Lokasi Kota Tanjung Pinang di pulau Bintan.
Cogan kata: Jujur Bertutur Bijak Bertindak
Hari jadi 17 Oktober 2001
Wilayah 239.5 km²
Daerah 4
Penduduk
 -Kepadatan
192.493
804/km²
Suku bangsa Melayu, Cina, Minang, Batak, Jawa
Bahasa Indonesia, Melayu, Teochew
Agama Islam, Kristian, Buddha, Konghucu
Kod telefon 0771

Tapak web rasmi: http://www.tanjungpinangkota.go.id/

Kota Tanjung Pinang atau Mocha merupakan ibu kota dari wilayah Kepulauan Riau, Indonesia. Dengan koordinat 0º5' Latitud Utara; 104º27' Longitud Timur. Bandar ini mempunyai pelbagai tarikan dengan beragam budaya suku dari hampir seluruh Indonesia , dengan bahasa Melayu yang masih kekal klasik, dan sedikit unik di telinga orang-orang luar, namun memiliki daya tarikan tersendiri. Bandar ini memiliki pelbagai tempat perlancongan seperti Pulau Penyengat yang hanya lebih kurang 2 mil batu dari pelabuhan Tanjung Pinang, pantai Trikora dengan pasir putihnya lebih kurang 65 km dari bandar dan pantai Cermin di pusat bandar. Tanjung Pinang dinaik taraf statusnya menjadi bandar dengan UU Nombor 5, Tahun 2001 pada 21 Jun 2001.

Fail:Kota bestari Tanjung Pinang.JPG
Tanjung Pinang, Kota Bestari

Terdapat pekan kecil lebih kurang 24 km dari bandar ini iaitu pekan Kijang.

Pelabuhan Tanjung Pinang (pelabuhan Sri Bintan Pura) menawarkan feri dan bot laju untuk akses domestik ke pulau Batam dan bandar bandar lain di tanah besar kepulauan Riau, kepulauan Karimun dan Kundur, serta akses antarabangsa ke negara Malaysia dan Singapura.

[[Gambar:Monumen perjuangan Tanjung Pinang.JPG|thumb|Monumen perjuangan pahlawan nasional Raja Haji Fisabilillah]] thumb|Monumen perjuangan Raja Haji Fisabilillah yang berada di pantai tepi laut (sunset)

Sejarah sunting

Sebelum kemerdekaan, Kota Tanjung Pinang ialah sebahagian daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang didirikan sekitar Abad XVI. Berdasarkan sejarah, pusat pemerintahannya pernah berpusat di Pulau Penyengat, sekarang ini menjadi lokasi pelancongan pengembang budaya Melayu, dengan raja pertamanya yang memerintah bernama Raja Abdul Rahman. Pada masa 1722-1911, raja-rajanya memerintah dengan adil dan bijaksana, sehingga kesejahteraan rakyatnya meningkat dan selain itu juga pemerintahannya, terkenal di alam Nusantara serta kawasan semenanjung .

Setelah Sultan Riau mangkat pada tahun 1911, kerajaan tersebut diwarisi oleh keturunannya, dan raja terakhir adalah Raja Jakfaar dan isterinya bernama Engku Puteri Hamidah.

thumb|Tugu proklamasi yang berada dekat dengan pelabuhan Tanjung Pinang

Kota Tanjung Pinang telah menjalankan pemilihan Datuk Bandar oleh DPRD Kota Tanjung Pinang, dan datuk bandar yang terpilih untuk pertama kalinya, ialah Suryatati A. Manan menjadi pegawai daerah. Beliau mentadbir sejak tahun 2002 sampai sekarang dan baru memasuki tahun ke 6. Pusat pentadbirannya terletak di Kota Tanjung Pinang di penempatan yang padat penduduknya dan bakal berubah ke bahagian selatan iaitu di Senggarang. Hal ini dapat untuk mengimbangkan jurang pembangunan dan kepadatan penduduk yang selama ini berpusat di bandar lama (bagian sebelah utara).

Pemerintahan sunting

Kota Tanjung Pinang ditadbir oleh seorang datuk bandar, yang saat ini dipegang oleh Suryatati A.Manan (2007-2012). Wilayah Kota Tanjung Pinang dibahagi menjadi 4 daerah dan 18 mukim.

Daerah sunting

Fail:Perpustakaan Tanjung Pinang.JPG
Gedung Perpustakaan di Jl. Sukarno-Hatta Tanjung Pinang

Daerah daerah di kota Tanjung Pinang ialah:

Pengangkutan sunting

Kota Tanjung Pinang dilengkapi dengan sebuah pelabuhan domestik dan antarabangsa, serta lapangan antarabangsa Kijang.

Geografi sunting

Sebahagian wilayah ini merupakan dataran rendah dan kawasan paya bakau sekaligus memudahkan usaha pembangunan bandar.

Iklim sunting

Tropika lembap dengan suhu 23 °C – 34 °C Tekanan Udara 1.010,2 mbs – 1.013,7 mbs

Musim sunting

thumb|Pemandangan Dragon boat-race di sisi pelabuhan Tanjung Pinang

Tidak ada perbezaan musim yang jelas di bandar ini. Hujan turun sepanjang tahun.

Pautan luar sunting