Tanpa Rela

single 2020 oleh Misha Omar

Lagu Tanpa Rela (Inggeris: "Unwillingly") adalah lagu single nyanyian penyanyi pop Misha Omar yang diterbitkan oleh Misha sebagai penerbit secara digital pada 18 September 2020 oleh Sony Music Entertainment Malaysia. Ia merupakan lagu pertama ciptaan Misha sendiri yang diterbitkan dalam bentuk rakaman. Lagu ini bukan sebahagian daripada projek rakaman album studio kelolaan M. Nasir yang dikira sebagai "unreleased album".

"Tanpa Rela"
Single oleh Misha Omar
daripada album "Tanpa Rela"
Dilancarkan pada18 September 2020 (Digital)
FormatStrim, Muat Turun
GenreBalada
Panjang4:07
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenulisMisha Omar / Lee Sze Wan / Roslen Fadzil /Zul Husni
PenerbitMisha Omar / Lee Sze Wan
Kronologi single Misha Omar
""Sampai Bila"
(2018)"
"Tanpa Rela" ""Masihkah Ada Rasa Itu?"
(2024)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar Belakang dan Rakaman sunting

Selepas kejayaan "Sampai Bila", pihak Sony Music tidak mahu berlengah untuk menerbitkan single susulan. Namun sepanjang tahun 2019 Misha sangat sibuk dengan siri konsert dan persembahan sehingga perancangan single terbaru dijadualkan berselang dua tahun selepas rilis "Sampai Bila". Proses mencari material untuk single baru bermula seawal 2019 dengan beberapa komposer disebut-sebut bakat bekerjasama dengan Misha antaranya Aubrey Suwito, Aepul (Drama Band), Hael Husaini dan Aina Abdul.

Setelah beberapa hari menjayakan konsert solonya di Dewan Filharmonik Petronas pada 5 Ogos 2019, Misha mendapat idea untuk menulis lagunya sendiri sebagai penghargaan kepada sokongan peminat. Misha merasakan ia merupakan satu peningkatan dalam kerja seninya untuk menerbitkan lagu ciptaan sendiri. Untuk rekod, ketika dibawah kelolaan Adnan Abu Hassan dan Ajai di awal pembabitan dalam industri muzik dahulu, Misha telah terlibat dalam pembikinan tiga buah lagunya sebagai penulis lirik iaitu lagu "Lilitan Asmara", "Kau Yang Amat Ku Sayang" (kedua-duanya daripada album debut) dan saduran lagu Korea diberi judul "Tiada Aku Mengerti" untuk album keduanya. Ini kali pertama Misha mencipta melodi lagunya sendiri.

Misha menulis lagu ini bersama komposer Lee Sze Wan yang merupakan pengarah muziknya untuk Konsert Soul Sisters 2019 dimana Sze Wan membantu memperkemaskan melodi manakala untuk lirik Misha menulis bersama dua penulis lirik iaitu Roslen Fadzil (gandingan ketiga bersama Misha selepas "Riwayat Cinta"(2004) dan "Sampai Di Sini (2008)" serta Zul Husni. Misha mengakui tidak mahu 'syok sendiri' dalam menerbitkan lagu sendiri maka dia mendapatkan bantuan daripada teman-teman. . Lagu ini dijadualkan untuk rakaman pada Mac 2020 namun gara-gara pandemik Covid-19, proses rakamannya tertangguh selama 4 bulan. Sepanjang tempoh itu Misha mempersiapkan diri dengan latihan vokal termasuk mendapatkan penasihat vokal iaitu Syafinaz Selamat sebelum betul-betul sedia masuk ke dapur rakaman[1]. Proses rakaman berlangsung pada Julai 2020 dan Misha sendiri sempat berkongsi video rakaman instrument oleh pemuzik ternama seperti Uda Wahid (bermain akordian) dan Jamie Wilson (gitar). Perkongsian ini menarik perhatian warga maya yang ternanti-nanti buah tangan terbaru Misha.

Lagu Tema sunting

Lagu "Tanpa Rela" akan dijadikan lagu tema untuk drama bersiri Cinta Sekali Lagi untuk siaran Slot Akasia saluran TV3 Malaysia. Drama terbitan Suhan Movies & Trading ini dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Luqman Hafidz dan Dilla Ahmad. Ini merupakan kerjasama kedua antara pengurusan Misha dan Suhan Movies untuk lagu tema drama, dimana kedua-dua drama menampilkan Saharul dan Dilla sebagai pelakon utama.

Maklumat Rakaman sunting

Penerbit: Lee Sze Wan , Misha Omar
Komposer : Misha Omar , Lee Sze Wan
Penulis Lirik : Misha Omar, Roslen Fadzil, Zul Husni
Penggubah Lagu : Lee Sze Wan
Pengarah Vokal : Syafinaz Selamat
Gitar : Jamie Wilson
Akordian : Uda Wahid
Bass: Ken Chung
Penyanyi Latar: Paulway Chew
Jurutera Rakaman: Ben & JD
Adunan dan Mastering: Ari Renaldi
Terbitan : Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd.

Muzik Video sunting

Sejurus habis rakaman, Misha tak berlengah dengan pembikinan video muzik dan kulit album. Ini merupakan video muzik ketiga Misha di bawah arahan Chuan Looi (gandingan ketiga selepas "Terima Ku Seadanya" dan "Sampai Bila"). Misha juga berkolaborasi dengan mendapat sentuhan tata gaya daripada Colin Sim [2]. Video muzik ini menampilkan konsep "continuous shot" atau dirakam secara terus (satu shot). Penggambaran mengambil masa 8 jam di sebuah pawagan lama iaitu Rex, di tengah-tengah Kuala Lumpur. Jalan cerita video ini ringkas tetapi menyerap banyak makna dimana Misha diletakkan dalam suasana gelap (kamera mengelilinginya) dan kemudian berakhir dengan paparan wajah-wajah manusia yang berperang dengan kemurungan[3].

Video muzik ini dimuatnaik di saluran youtube Misha Omar Vevo serentak bersama pelancaran single ini pada 18 September 2020[4].

Pengarah: Chuan Looi
Penerbit: Stella Ng
Jurukamera: Danny Lalla
Penata Gaya : Colin Sim
Dandanan Rambut: Garrie Bobs
Solekan: Seng Shaw
Pembantu Jurukamera: Ason Ng / Edward
Gaffer: Liau Jii Tsong
Best Boy: Siong / Simon / Wei Le
Penyelia Produksi : Alex Low / Richy Chye / Daniel Khor / Wanying / Yew
Pasca- Production: Wanying Yipieyaya Studio
Busana: Rochas, Paris
Aksesori: Bvlgari[5]

Penerimaan sunting

Lagu ini mendapat reaksi positif daripada kalangan peminat dan media dimana penglibatan Misha sebagai komposer menjadi buah mulut netizen. Menurut Misha, “Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai". “Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik"; “Saya juga terbabit dalam penulisan lirik,” [6].

Lagu ini diputarkan di laman digital sebanyak 54,000 kali pada minggu pertama di laman Spotify dan menjadi highlight dalam carta Malaysia 50 [7].

Pada 3 Januari 2021, lagu ini menduduki kedudukan juara carta Radio Era.fm dan Hot.fm sekaligus menjadikan lagu ini sebagai lagu ke -11 dendangan Misha yang pernah menjadi juara carta mana-mana radio siaran nasional.

Carta sunting

Carta Kedudukan
tertinggi
Tarikh
Youtube Malaysia Trending (Youtube) 15 22 September
Malaysia 50 (Spotify) 1 18 - 25 September
Suria FM (Astro) 2 10 Disember
Hot FM (Media Prima) 1 28 Disember 2020 - 10 Januari 2020
Carta Era (Astro) 1 3 Januari 2021
Muzik Muzik (TV3) 3 11 Januari - sekarang

Pencapaian sunting

Rujukan sunting