Taoyuan merupakan sebuah bandar raya tadbiran langsung (atau perbandaran khas) yang terletak di bahagian barat laut Taiwan, bersebelahan dengan Bandar Taipei Baru, Jajahan Hsinchu, dan Jajahan Yilan. Pusat pentadbirannya terletak di Daerah Taoyuan yang membentuk sebuah kawasan metropolitan bersama Daerah Zhongli. Taoyuan berkembang daripada bandar satelit di kawasan metropolitan Taipei kepada kawasan metropolitan keempat terbesar dan bandar kelima paling ramai penduduk di Taiwan. Kemudahan berulang-alik dalam lingkungan metropolitan Taipei menyebabkan pertumbuhan penduduk yang amat pesat di Taoyuan.

Bandaraya Taoyuan
桃園市[I]
Tōen, Toahong
Dari kiri ke kanan, atas ke bawah: Pesawat penumpang China Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, daerah Taoyuan, Pelabuhan Perikanan Yong'an, Stesen HSR Taoyuan, seni bina Baroque di Jalan Daxi Lama, Takungan Shihmen, Air Terjun Wulai Kecil
Dari kiri ke kanan, atas ke bawah: Pesawat penumpang China Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, daerah Taoyuan, Pelabuhan Perikanan Yong'an, Stesen HSR Taoyuan, seni bina Baroque di Jalan Daxi Lama, Takungan Shihmen, Air Terjun Wulai Kecil
Bendera Bandaraya Taoyuan
Mohor rasmi Bandaraya Taoyuan
Map
Location of Bandaraya Taoyuan
Koordinat: 24°59′28.6″N 121°18′51.58″E / 24.991278°N 121.3143278°E / 24.991278; 121.3143278Koordinat: 24°59′28.6″N 121°18′51.58″E / 24.991278°N 121.3143278°E / 24.991278; 121.3143278
Negara Republik China
PusatDaerah Taoyuan
Daerah
Pentadbiran
 • Badan
Keluasan
 • Bandar raya tadbiran langsung1,220.95 km2 (471.41 batu persegi)
 • Bandar
1,140 km2 (440 batu persegi)
 • Pemeringkatan14 of 22
Penduduk
 (Oktober 2019)[3]
 • Bandar raya tadbiran langsung2,245,059
 • Pemeringkatan5 / 22
 • Kepadatan1,800/km2 (4,800/batu persegi)
 • Bandar8,535,000
 • Kepadatan bandar7,500/km2 (19,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Nasional)
Poskod
320-338
Kod ISO 3166TW-TAO
BurungTiung Biru Formosa (Urocissa caerulea)
BUngaPic
PokokPic
Laman sesawangwww.tycg.gov.tw (dalam bahasa Inggeris)
  1. ^ Merujuk kepada kawasan perbandaran Taipei-Taoyuan.
Taoyuan City
Cina Tradisional: 桃園
Cina Ringkas: 桃园

"Taoyuan" dalam bahasa Cina bermaksud "kebun buah pic" kerana pernah terdapat banyak pokok pic di kawasannya. Di sinilah terletaknya sebilangan besar taman perindustrian dan ibu pejabat syarikat teknologi, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang melayani ibu kota Taipei dan seluruh Taiwan utara.

Bandaraya Taoyuan dinaiktaraf daripada Jajahan Taoyuan kepada bandar raya tadbiran langsung pada tahun 2014. Pada masa yang sama, bandar Taoyuan yang dahulunya ditadbir oleh jajahan, turut dinaiktaraf kepada Daerah Taoyuan di dalam perbandaran baharu.[5]

Sejarah sunting

Prasejarah sunting

Aktiviti berbudaya terawal setempat ditandakan oleh Tapak Arkeologi Jianshan di Daerah Dayuan (大園尖山遺址) yang didapati pernah mengamalkan budaya Neolitik. Ia merupakan tempat warisan kaum-kaum Peribumi Dataran, khususnya suku Ketagalan dan Taukat (Taokas). Di samping itu, juga terdapat beberapa kawasan aktiviti Atayal yang berdekatan.

Pemerintahan Belanda dan Ming sunting

 
Peta bahagian Tamsui dalam rekod sejarah pemerintahan Taiwan,terdapat nama-nama tempat seperti Nankan, Daxi, dan Xiaoli.

Dipercayai bahawa kawasan Taoyuan paling awal dijajah pada zaman Koxinga. Pada tahun 1626, penjajah Sepanyol mula menembusi Lembangan Taipei, diikuti penjajah Belanda pada tahun 1642, tetapi masing-masing tidak menyentuh kawasan Taoyuan. Pada tahun 1661, Koxinga mengalahkan Belanda lalu menjadikan Taiwan sebagai pangkalan untuk membangkitkan semula Dinasti Ming Selatan, di mana kawasan Taoyuan terletak di dalam lingkungan Wilayah Tianxing (天興州) yang mencakupi bahagian utara Pulau Taiwan.

Pemerintahan Qing sunting

 
Tokong Besar Taoyuan (Jingfugong) dibina pada tahun 1811, antara tempat sembahyang utama di Taoyuan.

Oleh kerana kawasan Taoyuan tidak dibangunkan secara besar-besaran sewaktu penjajahan Belanda dan Ming, ia masih merupakan tempat tumpuan kaum peribumi menjelang abad ke-18, apabila China sudah dikuasai oleh Dinasti Qing. Catatan terawal penerokaan kawasan Taoyuan datang dari tahun 1713, tetapi kawasan berkenaan hanya diusahakan secara besar-besaran untuk tujuan pertanian mulai tahun 1737, apabila pendatang suku Hakka dari Guangdong yang bernama Xue Qilong (薛啟隆) memimpin ramai pengikutnya dari Tainan untuk mengerjakan kawasan Taoyuan. Kawasan yang diterokai menjangkau hingga Guilunling (Guishan) di timur, Kanzaijiao(Neili)di barat, Nankan di utara, dan Xiaoli di selatan. Peneroka-peneroka ini pun menanam pokok pic, maka tempatnya pun digelar Toahong atau "Kebun Buah Pic" (Bahasa Cina: 桃仔園pinyin: TáozǐyuánPe̍h-ōe-jī: Thô-á-hn̂g), dan dari situlah datangnya nama Taoyuan.[6]

Ekoran penghijrahan beramai-ramai dari Tanah Besar China, terdapat satu pembahagian petempatan mengikut suku yang ketara, yang mana suku Hokkien tertumpu di kawasan pesisiran pantai yang berhampiran dengan kawasan Taoyuan sekarang, manakala suku Hakka pula tertumpu di kawasan pedalaman. Disebabkan kepelbagaian suku dan kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan Qing terhadap utara Taiwan, maka sering berlakunya pertelingkahan antara suku di kawasan Taoyuan.[7]. Malah pada pertengahan abad ke-18, kawasan Taoyuan beransur-ansur berpecah menjadi dua petempatan besar, iaitu Taozaiyuan (桃仔園) dan Jianzaili (澗仔壢, kini di kawasan Zhongli), sehinggalah kerajaan Qing menggabungkan kedua-dua petempatan itu menjadi satu di bawah nama Taojianbao (桃澗堡).

Pemerintahan Jepun sunting

 
Pemandangan sekitar bandar Taoyuan sewaktu pemerintahan Jepun.
 
Kuil Shinto yang dibina di Taoyuan pada zaman Jepun, kini dikenali sebagai Taoyuan Martyrs' Shrine.

Pada tahun 1895, Jepun menakluki Taiwan setelah mengalahkan kerajaan Qing dalam Perang China-Jepun Pertama. Pembahagian wilayah Taiwan kerap berubah dalam tempoh pemerintahan Jepun selama 50 tahun. Taoyuan tergolong di dalam Taihoku-ken (臺北縣) pada tahun 1895. Kemudian pada tahun 1901, pembahagian ken () dimansuhkan dan Taiwan terbahagi kepada 20 chō (), di mana sebahagian kawasan Taoyuan diletakkan dalam Tōshien-chō (桃仔園廳, "Jabatan Toshien") dan menaungi enam shichō (支廳, cabang jabatan) yang terdiri daripada daerah setempat. Pada tahun 1905, Tōshien-chō ditukar nama kepada Tōen-chō (桃園廳). Pada tahun 1909, kesemua 20 chō diatur semula menjadi 12, tetapi Tōen-chō tidak diubah.[8].

Pada tahun 1920, Pejabat Gabenor-Jeneral Taiwan pembahagian baharu di mana sepuluh chō Taiwan diatur semula kepada lima shū () iaitu Taihoku, Shinchiku, Taichū, Tainan, dan Takao, di mana Tōen-chō dan Shinchiku-chō digabungkan menjadi Shinchiku-shū (新竹州).

Pemerintahan Republik China sunting

 
Pemandangan bandaraya Taoyuan dari Taman Alam Hutoushan.
 
Pemandangan Daerah Zhongli.

Pada tahun 1945, Taiwan diambil alih dari Jepun oleh kerajaan Republik China, di mana Shinchiku-shū dipinda menjadi Hsinchu-hsien (新竹縣, "Jajahan Hsinchu") dengan Taoyuan sebagai pusat pentadbiran jajahan. Pada Ogos 1950, kerajaan Republik China melakukan pembahagian semula ke atas Wilayah Taiwan,di mana Jajahan Hsinchu bersama Bandar Hsinchu dipinda menjadi tiga jajahan tadbiran daerah iaitu Taoyuan, Hsinchu, dan Miaoli. Ekoran Perang Saudara China, ramai askar sekeluarga dari Tanah Besar China berpindah ke Jajahan Taoyuan, maka kawasan Longgang di Daerah Zhongli terkenal dengan penduduk keturunan Yunnan dan Myanmar. Kawasan perindustrian Zhongli dan Guishan ditubuhkan pada tahun 1960-an dan 70-a. Pada 26 Februari 197, Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai-shek (kini Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan) dilancarkan, memesatkan lagi pembangunan industri di Jajahan Taoyuan sehingga menjadi bandaraya yang paling pesat peningkatan penduduknya di seluruh Taiwan. Namun di sebalik kemajuan pesat ini, datangnya juga masalah pencemaran alam yang ditandai oleh kes pencemaran kilang RCA (sebuah syarikat yang berasal dari Amerika).[9]

Bilangan penduduk Jajahan Taoyuan mencecah dua juta penduduk pada 7 Jun 2010. Selaras dengan Undang-undang Sistem Penempatan Republik China,Jajahan Taoyuan menerima guna struktur pentadbiran bagi bandar raya tadbiran langsung mulai 1 Januari 2011. Pada Julai 2012, ia pun memohon status bandar raya tadbiran langsung,[10] dan permohonan itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 23 November 2012.[11] Pada sidang ke-3330 Dewan Perundangan pada 3 Januari 2013,[12] diumumkan bahawa Jajahan Taoyuan (桃園縣) dinaiktaraf menjadi "bandar raya tadbiran langsung" yang ketiga di bahagian utara Taiwan pada 25 Disember 2014 dengan memakai gelaran Bandaraya Taoyuan (桃園市). Semua mukim desa, pekan dan bandar yang tertakluk di bawahnya bertukar status menjadi "daerah" (), dan kini terdapat 13 daerah,[13] termasuk Daerah Fuxing yang berstatus daerah khas peribumi pedalaman.

Geografi sunting

 
Peta Taoyuan utara (berlabel Ōsono) (1944)

Taoyuan terletak kira-kira 40 km (25 bt) di barat daya Taipei, di Taiwan utara, menduduki kawasan seluas 1,220 km2 (470 bt2). Ia terdiri daripada dataran pamah, rantaian gunung-ganang dan penara. Bentuk tanahnya panjang dan seakan-akan melebar dari Banjaran Xueshan di pangkal tenggara hingga pantai Selat Taiwan di hujung barat laut.

Di Penara Taoyuan terdapat sejumlah besar kolam pengairan, maka Taoyuan diberi jolokan "Desa Seribu Kolam" (千塘之鄉).[14]

Iklim sunting

Taoyuan mengalami iklim subtropika lembap dengan musim sejuk yang nyaman dan musim panas yang panas.

Data iklim untuk Bandaraya Taoyuan(1986-2012)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 15.6
(60.1)
15.8
(60.4)
17.7
(63.9)
21.5
(70.7)
24.6
(76.3)
27.3
(81.1)
29.2
(84.6)
29.0
(84.2)
27.0
(80.6)
24.1
(75.4)
21.2
(70.2)
17.6
(63.7)
22.5
(72.6)
Purata curahan hujan, mm (inci) 84.9
(3.34)
137.1
(5.40)
180.0
(7.09)
182.2
(7.17)
218.4
(8.60)
275.9
(10.86)
104.5
(4.11)
145.8
(5.74)
193.5
(7.62)
99.5
(3.92)
94.5
(3.72)
74.3
(2.93)
1,790.6
(70.5)
Purata bilangan hari hujan 16.6 16.7 19.4 16.8 16.0 13.3 10.2 12.5 12.9 11.8 14.8 13.8 174.8
Purata kelembapan relatif (%) 80.0 82.6 81.8 80.3 79.5 79.2 74.9 76.0 76.4 75.9 76.6 77.1 78.4
Sumber: 中央氣象局

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1985 1,211,249—    
1990 1,355,175+11.9%
1995 1,524,127+12.5%
2000 1,732,617+13.7%
2005 1,911,161+10.3%
2010 2,002,060+4.8%
2015 2,105,780+5.2%
2020 2,252,835+7.0%
Source:"Populations by city and country in Taiwan". Ministry of the Interior Population Census.

Seperti kebanyakan kawasan bandar di Taiwan, orang Minnan (Hoklo) merupakan antara kelompok etnik teramai di Taoyuan. Kebanyakan daripada mereka tinggal di Taoyuan utara yang terdiri daripada daerah-daerah berikut: Bade, Daxi, Dayuan, Guishan dan Luzhu, dan juga pusat bandar Daerah Taoyuan.

Suku Hakka merupakan suku etnik kedua terbesar di bandaraya selepas suku Minnan (Hoklo). Mereka tertumpu di bahagian selatan yang termasuk daerah-daerah Zhongli, Pingzhen, Yangmei, Longtan, Guanyin dan Xinwu. Dengan lebih daripada 785,000 orang Hakka, Taoyuan merupakan bahagian pentadbiran yang paling ramai penduduk Hakka di seluruh Taiwan.

Ekoran Perang Saudara China, ramai pendatang dari Tanah Besar China (yang diberi jolokan "Waishengren") menetap di bekas Jajahan Taoyuan setelah berundurnya kerajaan Kuomintang pada 1949. Kebanyakan daripada mereka tinggal di "perkampungan keluarga tentera" (眷村) di Zhongli, Pingzhen dan Guishan. Kawasan Longgang terkenal dengan pendatang Yunnan kerana terdapat banyak kedai makan Yunnan.

Penduduk peribumi Taiwan pula kebanyakannya suku Atayal, tertumpu di Daerah Fuxing.

Ekonomi sunting

Perindustrian merupakan penggerak utama pembangunan ekonomi Taoyuan, malah Taoyuan merupakan bandar perindustrian peneraju di seluruh Taiwan kerana kira-kira satu pertiga daripada 500 perusahaan industri terbesar di Taiwan mengendalikan kilang di Taiwan.[15] Taoyuan terkenal dengan pembuatan barang elektronik dan kejenteraan seperti TFT-LCD, komputer riba, storan optik, alat komunikasi, nanoteknologi, semikonduktor, peralatan dan hiasan automotif, dan sebagainya.

Kini terdapat 29 buah kawasan perindustrian (berdaftar) dengan 3,696 he (9,130 ekar) tanah perindustrian luar bandar dan 3,131 he (7,740 ekar) tanah perindustrian bandar. Terdapat lebih 6,827 he (16,870 ekar) tanah yang disediakan untuk kegunaan kilang dan perindustrian di Bandaraya Taoyuan, menunjukkan bahawa biro pembangunan Taoyuan berasaskan industri dan perniagaan. Taoyuan juga merupakan bandar yang paling banyak tapak campuran industri-komersial di Taiwan dengan 9 tapak seluas 57 he (140 ekar).[16]

Pentadbiran sunting

 
Taoyuan City Administrative Divisions
 
Population density map of Taoyuan City

Bandaraya Taoyuan terbahagi kepada 12 daerah pentadbiran dan satu daerah khas peribumi pedalaman.[17][18][19]

Jenis Nama Cina Hokkien Hakka Peribumi Keluasan (km2) Populasi
Daerah Bade 八德 Pat-tek Pat-tet 33.71 187,848
Daxi 大溪 Tāi-khe Thai-hâi 105.14 93,388
Dayuan 大園 Tōa-hn̂g Thai-yèn 87.39 85,667
Guanyin 觀音 Koan-im Kôn-yîm 87.98 64,845
Guishan 龜山 Ku-soaⁿ Kuî-sân 72.01 145,706
Longtan 龍潭 Liông-thâm Liùng-thâm 75.23 118,648
Luzhu 蘆竹 Lô·-tek Lù-tsuk 75.50 155,626
Pingzhen 平鎮 Pêng-tìn Phìn-tsṳ́n 47.75 218,290
Taoyuan 桃園 Thô-hn̂g Thò-yèn 34.80 427,815
Xinwu 新屋 Sin-ok Sîn-vuk 85.02 48,469
Yangmei 楊梅 Iûⁿ-mûi Yông-muì 89.12 161,301
Zhongli 中壢 Tiong-le̍k Chûng-la̍k 76.52 390,251
Daerah khas
peribumi
pedalaman
Fuxing 復興 Ho̍k-heng Fu̍k-hîn PyasanAtayal 350.78 10,932

Petak berwarna menandakan status bahasa Hakka dan bahasa peribumi sebagai bahasa umum di daerah masing-masing.

Rujukan sunting

  1. ^ 《中華民國統計資訊網》縣市重要統計指標查詢系統網 (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2016. Dicapai pada 13 June 2016.
  2. ^ "Demographia World Urban Areas PDF (April 2016)" (PDF). Demographia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 May 2018. Dicapai pada 13 June 2016.
  3. ^ 人口統計-桃園市政府民政局. cab.tycg.gov.tw (dalam bahasa Cina). 7 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2016. Dicapai pada 6 June 2016.
  4. ^ "Demographia World Urban Areas PDF" (PDF). Demographia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 May 2018. Dicapai pada 30 November 2019.
  5. ^ 桃園縣103年改制直轄市 名為「桃園市」. The Epoch Times. 24 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2013. Dicapai pada 29 April 2012.
  6. ^ 桃園市的歷史、地理及人文.劉阿榮
  7. ^ 潘英 (2000年). 臺灣拓殖史及其族姓分布研究. 臺北市: 南天書局. ISBN 957-638-531-8.
  8. ^ 劉揚琦整理,《日治時期地方行政機構》,中央研究院臺灣史研究所 Diarkibkan 2010-08-22 di Wayback Machine
  9. ^ 廢水污染超標30倍
  10. ^ "升格為第六都 桃園市下月提案". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-02. Dicapai pada 2012-07-22. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "存档副本". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2020-09-11. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ "行政院即時新聞". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-30. Dicapai pada 2013-01-03. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ 改制直轄市 吳志揚:行政區域和公務員工作權不變 Diarkibkan 2014-01-02 di Wayback Machine
  14. ^ 農田水利入口網. coa.gov.tw. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2014. Dicapai pada 29 May 2012.
  15. ^ "桃園市政府工商發展局 桃園MIT網-產業大觀-桃園環境介紹". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-22. Dicapai pada 2014-08-17. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  16. ^ "2014 Department of Economic Development, Taoyuan City". edb.tycg.gov.tw. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2019.
  17. ^ 臺灣地區鄉鎮市區級以上行政區域名稱中英對照表 (PDF). Online Translation System of Geographic Name, Ministry of Interior. 16 June 2011. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 March 2012.
  18. ^ "Administrative Districts". Taoyuan City Government. 30 September 2017. Dicapai pada 16 June 2019.
  19. ^ 各區簡介. Taoyuan City Government. 13 June 2019. Dicapai pada 16 June 2019.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "upper-roman" ada tetapi tag <references group="upper-roman"/> yang sepadan tidak disertakan