Pekan Tapah Road merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perak.

Pekan Tapah Road
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahDaerah Batang Padang
MukimPekan Tapah Road
KeluasanN/A

Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran sunting

Pekan Tapah Road merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Batang Padang.

Tapah Road adalah sebuah pekan kecil 9 km dari bandar Tapah dalam perjalanan menuju ke bandar Teluk Intan. Tapah Road menarik kerana ada sebuah stesen kereta api menuju ke Padang Besar di utara atau Singapura di selatan.

Di bandar Tapah , tidak ada stesen kereta api. Oleh itu penduduk sekitar Hilir Perak / Perak Selatan yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api perlu pergi ke Stesen Kereta api Tapah di Tapah Road. Terdapat landasan kereta api antara Tapah Road dengan warf di Teluk Intan untuk mengangkut getah, bijih timah dan kayu balak semasa zaman penjajah British di Tanah Melayu. Jambatan besi dibina menyeberangi Sungai Bidor untuk membolehkan kereta api sampai ke pangkalan warf (pengkalan) di tepi Sungai Perak. Tetapi kini perkhidmatan tersebut telah dihentikan terutama setelah sekumpulan gajah melanggar kereta api di Sungai Kerawai pada 1888.

Syarikat Gamuda JV dan MTD sedang membesarkan dan memperbaiki landasan kereta api dan stesen kereta api di Tapah Road. Projek ini ditangguh pada awal 2004 berikutan masalah kewangan tetapi kemudian disambung semula.

Sekolah sunting

  • Sekolah Menengah Dato Panglima Perang Kiri
  • Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil)
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)

Keselamatan sunting

  • Balai Polis Tapah Road
  • Penjara Tapah , Tapah Road

Perumahan Baru sunting

  • Taman Perdana

Pautan luar sunting