TAQDIR merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Filem Taqdir diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

TAQDIR
PengarahOmar Rojik
Lakon layarOmar Rojik
Cerita olehAhmad Mahmood
Dihasilkan olehMalay Film Productions Ltd (MFP)
DibintangiJins Shamsuddin
S. Kadarisman
Saadiah
Zaiton
SinematografiHitam Putih
Muzik olehYusof B
Masa tayangan
110 Minit
Negara Malaysia
 Singapura
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik pada 1965.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan Perdana Menteri yang sangat mencemburui dan iri hati kepada Panglima Meranti kerana baginda Raja telah mengurniakan darjah kebesaran dan sering mendengar kata-kata nasihat daripada Panglima Meranti. Oleh itu, Perdana Menteri dan Pawang telah berkomplot dan berpakat untuk menjatuhkan Panglima Meranti. Pelbagai tuduhan dan hasutan yang dibuat oleh mereka terhadap Panglima Meranti agar memberi kemurkaan kepada baginda Raja.

Akhirnya mereka berjaya menfitnah Panglima Meranti yang dituduh menderhaka kepada Raja lalu dicampak dan dihukum di Pulau Puaka. Perdana Menteri juga telah bertindak lebih kejam dengan membunuh isteri Panglima Meranti dan membakar rumahnya. Tuan Guru Maulana Osman dan 4 orang anak buahnya (dari Parsi) kebetulan ada di Pulau Puaka kerana mereka terdampar akibat kerosakan pada rakit mereka. Mereka telah menemui dan menyelamatkan Panglima Meranti.

Pelakon sunting

Penyanyi & Lagu sunting