Tari Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. Tarian Inai ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain, disebabkan ia dikhusus bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan, dan pertabalan diraja.

Tarian ini mempunyai asal istiadat dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam pergerakan tari bulatan yang berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang terdapat dalam Mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang dikenali meliuk, dalam mana penari membongkokkan badan kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang kelantai. Pada masa lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua lelaki.

Pautan luar sunting