Tarian Zapin Pekan

Tarian Zapin Pekan merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Tarian zapin bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah kaki2 penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari segi pakaian penari2 memakai pakaian Melayu selengkapnya.

Tarian ni ada tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan peringkat akhir iaitu sebagai penutup tarian.

Zapin begitu popular pada tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan di daerah Pekan terutamanya di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak yang cepat.

Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus, rebana, gendang dan marakas.Anatara lagu2 berirama asli yang didendangkan mengikut irama zapin ialah lagu2 Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain2 lagi.

Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal dari Singapura.

Pautan luar sunting