Tarian rakyat

(Dilencongkan dari Tarian tradisional)

Tarian rakyat merujuk kepada sesuatu seni tari yang telah diamalkan selama beberapa keturunan di sesuatu tempat oleh orang kebanyakan atau orang ramai. Tarian rakyat biasanya termasuk ke dalam hak umum (public domain) dan tidak dimiliki oleh sesuatu pihak yang tertentu disebabkan ia melepasi tempoh pendaftaran.

Malambo, tarian rakyat Argentina
Tarian Morris di England

Sesuatu tarian rakyat tidak boleh dipatenkan kerana ia bukannya sesuatu yang baru, kecuali sekiranya pengubahsuaian dilakukan padanya. Bagaimanapun, dengan pengubahsuaian tersebut, ia tidak lagi dikelaskan sebagai tarian rakyat kerana tidak menjadi milik umum.

Tarian rakyat biasanya mempunyai beberapa ciri penting, antaranya adalah:-

  • Ia biasanya berasal sebelum abad ke-20 atau sesetengahnya sebelum Perang Dunia II, dan dalam kebanyakan kes tidak dipaten atau didaftar hakcipta.
  • Ia biasanya diwarisi secara turun temurun dan bukannya melalui ciptaan langkah baru.
  • Ia ditarikan oleh orang kebanyakan, dan tidak hanya oleh kaum bangsawan.
  • Ia berkembang secara spontan dan tiada badan penyelaras yang mempunyai kata pemutus mengenai apa langkah rasmi dan siapa yang diluluskan bagi mengajarnya. Ia turut bererti tiada orang yang mempunyai kata mutlak mengenai apa takrifan mengenai sesuatu tarian rakyat atau usia minima bagi seseorang penarinya.

Tarian rakyat biasanya dipentaskan semasa keraian sosial oleh mereka tanpa latihan menari profesional. Penari baru biasanya belajar dengan cara melihat penari lama dan/atau tunjuk ajar rakan sepenari. Tarian rakyat dianggap sebagai aktiviti sosial dan bukannya satu pertandingan, sungguhpun terdapat kumpulan penari rakyat yang profesional atau separuh profesional.

Istilah ras dan tradisional digunakan apabila ia perlu memberi penekanan kepada asal kebudayaan sesuatu tarian. Dari segi ini, hampir kesemua tarian rakyat merupakan berasakan ras. Sekiranya sesuatu tarian merentasi sempadan, perbezaan ras masih cukup penting untuk disebut, contoh polka Czech vs. polka Jerman.

Tidak semua tarian ras dianggap tarian rakyat; sebagai contoh, tarian berasal dari sesuatu upacara tidak dianggap tarian rakyat. Tarian sesuatu uapcara biasanya dikenali sebagai tarian keugamaan disebabkan matlamat tariannya.

Puatan luar sunting