Tarik Aku Ke Syurga
Tarik Aku Ke Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2022 arahan Malek Rahman, dibintangi oleh Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Izzendra dan Keith Foo. Diadaptasi dari novel 2020 bertajuk sama karya Haitun Kamarazaman, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 23 Jun 2022 menggantikan Kerana Aku Isteri Bidaan.[1]
Tarik Aku Ke Syurga | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Tarik Aku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman |
Ditulis oleh | Nieza Nahar |
Pengarah | Malek Rahman |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Bukti Cinta" oleh Wanie Ooi |
Lagu penutup | "Bukti Cinta" oleh Wanie Ooi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Sadupal Singh Vareen Kaur |
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 & |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 23 Jun 2022 – 10 Ogos 2022 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Kerana Aku Isteri Bidaan |
Diikuti oleh | Biarkan Ia Pergi |
Siri drama ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman IQIYI pada 1 jam akhir selepas siaran TV percuma, 48 jam kemudian.
Sinopsis
suntingZamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan pakar motivasi yang sangat berpengaruh.
Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.
Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Zul Ariffin sebagai Zamri[2]
- Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia[3]
- Izzendra sebagai Natasha
- Keith Foo sebagai Shawn
Pelakon pembantu
sunting- Lisdawati sebagai Hajah Raudah
- Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
- Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
- Esma Daniel sebagai Dato Azman
- Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
- Mahmud Ali Bashah sebagai Haji Nizam
- Hafreez Adam sebagai Kashaf
- Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
- Afzan A. Rahman sebagai Doktor Bakri
- Idzham Ismail sebagai Dahlan
- Ayra Messi sebagai Julia
- Nabil Aqil sebagai Aidil
- Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
- Zizi Hazirah sebagai Rahila
- Sean Lee sebagai Dr Chin
Runut bunyi
sunting- "Bukti Cinta" - Wanie Ooi
- "Kekasih" - Aiman Sidek, Aniq Muhai & Aliff Azhari
- "Teristimewa" - Aiman Sidek
Rujukan
sunting- ^ "Adegan mesra dengan Zul, hanya untuk promosi drama". Kosmo!. 26 Februari 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
- ^ Zaara Talita (19 Januari 2022). "'Dia bukan kekasih saya'". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Ogos 2022). "Impak watak lemah lembut". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2022.