Tarum (dari bahasa Sunda), nila, atau indigo (Indigofera, suku polong-polongan atau Fabaceae) merupakan antara antara berbagai-bagai jenis tumbuhan utama menghasilkan warna biru semulajadi kebanyakan dari genus Indigofera.

Pokok Tarum
Indigofera tinctoria1.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Indigofereae
Genus:
Spesies:
I. tinctoria
Nama binomial
Indigofera tinctoria

Orang Jawa menyebutnya sebagai tom.

KegunaanSunting

Sebagai pewarnaSunting

Daun tarum merupakan bahan utama pewarna kain yang menghasilkan warna biru; ia dihasilkan dari perendaman daun selama semalam. Setelah itu, suatu lapisan berwarna hijau atau biru akan terbentuk di permukaan; cairan ini lalu direbus, lalu dijemur hingga kering. Warna ini amat dikehendaki terutama dalam penghasilan batik atau tenun ikat tradisional dari Nusantara. Pewarna indigo, sebagai produk dari tumbuhan ini, juga merupakan komoditi perdagangan yang penting.

Tujuan lainSunting

Suatu campuran menggunakan tumbuhan ini bersama terusi, sendawa dan "garam Siam" dipercayai dalam perubatan Melayu lama merawat "sakit gigi yang berulat".[1]

Tumbuhan ini juga sangat baik kerana menyuburkan tanah dan dapat menahan hakisan.

RujukanSunting

  1. ^ Werner, Roland. Medicines in Malay Villages. University of Malaya Press. m/s. 316.

Pautan luarSunting