Tash Yong

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Tash Shazleya)

Nur Natasha Shazlia Rosli (lahir 17 November 1990) atau lebih dikenali sebagai Tash Yong (kadangkala ditulis sebagai Tash Young; Jawi: تص يوڠ) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia[1] dan anak kepada komposer muzik terkenal, Rosli Selasih.[2][3] Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Cinta Ibadah (2014), Memori Cinta Suraya (2015), Menantu Ting Tong (2016) dan Shhh... I Love You (2017). Sebagai pelakon filem, kerjaya filem Tash bermula dengan Kastil Tua (2015).

Tash Yong
Kelahiran
Nur Natasha Shazlia binti Rosli

(1990-11-17) 17 November 1990 (umur 33)
Nama lain
  • Tash Shazleya
  • Tash Young
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2009–kini
PasanganKhaireel Azlee Abdul Aziz (k. 2023)
Ibu bapa

Kehidupan awal sunting

Tash dilahirkan pada 17 November 1990 di Kangar, Perlis[4] dan dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung dari lapan beradik dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Siam kerana bapa beliau berketurunan Melayu manakala ibu beliau berketurunan Siam. Bapa beliau ialah Rosli Selasih (lahir Rosli Md Kasa) merupakan seorang komposer ternama Malaysia,[5] ibunya ialah Rozalini Mat Ghani.[6][7] Beliau merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan. (ASWARA).[8]

Kerjaya sunting

Tash memulakan kerjaya lakonan dengan menjayakan pementasan teater Chow Kit Road yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun 2013. Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam drama Cinta Ibadah di Astro Prima, seterusnya muncul dalam telefilem Kerana Anggun arahan Aziz M. Osman, memegang watak sebagai GRO. Beliau pernah menjadi penyanyi di acara penutup Sukan Asia Tenggara 2001 (Sukan SEA 2001)[9] dan pernah menyertai Mentor musim ketiga, Tash berkata dalam temuramah bersama Harian Metro:[10]

"Banyak kali juga orang persoalkan kenapa saya tak jadi penyanyi kerana ia pasti lebih mudah apatah lagi ayah seorang komposer. Sebenarnya kecenderungan saya lebih kepada berlakon."[10]

Beliau juga pernah berlakon bersama Syazuwan Hassan dalam drama Terjatuh in Love terbitan Pusat Beli-belah The Mines pada 2014.[11] Tash muncul dalam telenovela 137 episod Memori Cinta Suraya lakonan bersama Anzalna Nasir, Hisyam Hamid dan Afiq Muiz.[12] Beliau berlakon bersama Zamarul Hisham dan Izara Aishah dalam drama Cinta Masam Manis, melakonkan watak Fia.[13]

Kerjaya filem Tash bermula pada 2015 dengan berlakon dalam sebuah filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Helen.[9]

Tash merupakan antara selebriti yang mengambil bahagian dalam Guardian Women Empowerment Programme anjuran Guardian Malaysia, yang turut disertai oleh Sazzy Falak.[14]

Beliau mengumumkan pada Ogos 2019 bahawa bakal muncul dengan single pertamanya yang dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.[15] Beliau memegang watak Suraya dalam Hero: Jangan Bikin Panas yang ditayangkan pada 3 Oktober 2019 dan turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam dan Elisya Sandha.[4][16][17][18]

Pada Februari 2020, Tash melancarkan single solo pertamanya, "Lepas" hasil nukilan Zah Amirul.[19][20]

Kehidupan peribadi sunting

Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 19 September 2017, Tash mendedahkan panggilan ‘hey perempuan’ dianggap sebagai satu penghinaan buatnya dan mengguris perasaannya sebagai wanita: "Saya berasa sangat malu apabila kru produksi itu memanggil saya 'hey perempuan' ketika memberi arahan dan perbuatan berkenaan pada saya sangat biadap dan tidak profesional. Itu tidak termasuk kata kesat yang lain."[21]

Tash sebelum ini pernah menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan pengurusnya, GG, malah hubungannya dan GG bagaikan saudara. Beliau turut memberitahu keluarganya juga rapat dengan pengurusnya.[22]

Beliau juga ialah seorang yang aktif di Instagram dan mempunyai seramai 129,000 pengikut serta bergerak aktif bersama kelab peminatnya, Tash Yong Squad (TYS).[23]

Beliau mula memakai tudung semasa Aidiladha pada Julai 2019,[24][25] namun mengumumkan tidak lagi bertudung pada 2023.[26]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Kastil Tua Helen Filem pertama, filem Indonesia
Dikreditkan sebagai Tash Shazleya
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Suraya
2020 Jodoh Syaitan Tash

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Cinta Ibadah Astro Prima
Terjatuh in Love Drama terbitan The Mines
2015 Flora Rimba TVi
Super Gameboy Astro Ceria
Memori Cinta Suraya Anita Astro Prima
2016 Uda & Dara
Cinta Masam Manis Fia TV3
Awak Sangat Nakal Sue Astro Ria
Menantu Ting Tong Fatihah TV3
Marhaban Kome Oi Orked
2017 Hantu Punya Bos Ain
Shhh... I Love You Sumayyah/Maya
Jangan Ikut Aku Idah
Raisha Nadia
Dia Bella
2018 Orang London Balik Kampung TV1
Geng Tadarus Catherine TV2
Ustazah Pencen Faridah / Fida TV1
Elegi Hati Keisha
2019 Lelakimu Yang Dulu Marina TV3
2020 Janda Kosmopolitan Ixora Awesome TV
KL Gangster: Underworld 2 Nurul Iflix
2021 Resort Kasih Bunga Raya Suraya TV1
Cinta Untuk Raf Humaira / Tasya / Inara
2022 Kau Cipta Kasih Jarah TV3
Julia Arina Hani Arina TV Okey

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Kerana Anggun Gadis pelayan pelanggan (GRO) Astro Prima
2016 Hanya Aku TV3
2017 Menantu Second Class Sutihah TV9

Iklan sunting

Tahun Iklan
2017 V’asia

Teater sunting

Tahun Tajuk
2009 Puteri Gunung Ledang
2013 Chow Kit Road

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2009 Mentor 3 TV3 Peserta
2019 Dapur Berkuap TV Okey Tetamu jemputan

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
2020
"Lepas"

Rujukan sunting

  1. ^ "Tash Yong ingin bina nama sendiri". Media Permata. 15 Ogos 2017. Dicapai pada 15 Ogos 2017.
  2. ^ "Tash Yong mahu elak pengaruh bapa". My Buletin Malaysia. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  3. ^ Norhayati Nordin (14 Julai 2018). "Demi masa depan". Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  4. ^ a b Sairul Zamri Misrani (31 Ogos 2019). Tash Yong mahu fokus kerjaya Kosmo!. Dicapai pada 1 September 2019.
  5. ^ Norhayati Nordin (29 Oktober 2018). Tak akan bunuh karier sendiri Harian Metro. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (16 Oktober 2016). Tash, Fatin kongsi impian Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2016.
  7. ^ "Tash tak sanggup gadai maruah". Kosmo!. 5 April 2015. Dicapai pada 5 April 2015.
  8. ^ Norhayati Nordin (14 Mei 2017). "Tash jaga nama keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2017.
  9. ^ a b About Tash Yong Fimtab Unik Films (1 Februari 2016). Dicapai pada 2 April 2016.
  10. ^ a b "Tidak bersandar populariti bapa". Harian Metro. November 7, 2014. Dicapai pada May 20, 2014.
  11. ^ "Celebration of Lantern Festival". Star2. 18 Ogos 2014. Dicapai pada 18 Ogos 2014 – melalui Pressreader.
  12. ^ Angelin Yeoh (16 Ogos 2015). "Romance, drama, and conflict unfold in Memori Cinta Suraya". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 16 Ogos 2015.
  13. ^ Aqmar Mustaza (5 Oktober 2016). "Cinta Masam Manis bukan drama hingusan". Sinar Harian. Dicapai pada 5 Oktober 2016.
  14. ^ All-round wellness experience The Star Online (22 Mac 2019) Dicapai pada 22 Mac 2019.
  15. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 Ogos 2019). Tash Yong keluar single pertama bulan depan Harian Metro. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  16. ^ Norhayati Nordin (1 September 2019). Usaha kumpul peminat Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2019.
  17. ^ Tajul Ariffin Abu Hassan (2 September 2019). Tash Yong tolak kontroversi Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 September 2019.
  18. ^ Norhayati Nordin (26 Oktober 2018). Pengikut ‘psiko’ buat Tash meremang Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2018.
  19. ^ Norhayati Nordin (4 Februari 2020). Lagu solo pertama Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  20. ^ Tash Yong dan lagu solo pertama MSN. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  21. ^ Norhayati Nordin (19 September 2017). "Panggilan 'hey perempuan' guris Tash". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  22. ^ Norhayati Nordin (21 Mac 2018). "Dikata ada hubungan dengan pengurus wanita". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  23. ^ Ardini Sophia Sina (17 September 2019). "Tash selesa kompromi dalam bekerja". Harian Metro. Dicapai pada 17 September 2019.
  24. ^ Norhayati Nordin (9 September 2020). Tash Young sudah bertudung Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2020.
  25. ^ Norhayati Nordin (12 September 2020). Jiwa Tash lebih tenang Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  26. ^ Norhayati Nordin (12 Februari 2023). "Tash Yong dah tak pakai tudung, akui iman tak cukup kuat". Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2023.

Pautan luar sunting