Tashirojima

pulau di Miyagi, Jepun

Tashirojima (Jepun: 田代島), juga dikenali sebagai Pulau Tashiro ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Ishinomaki, Wilayah Miyagi, Jepun. Ia terletak di Lautan Pasifik berdekatan dengan Semenanjung Oshika, di sebelah barat Ajishima. Ia merupakan pulau yang didiami oleh manusia, tetapi bilangan penduduknya agak sedikit (kira-kira 100 penduduk, dibandingkan dengan 1000 penduduk pada tahun 1950-an).[1]

Tashirojima
Nama asli:
田代島
Pandangan Tashirojima dari sisi barat
Tashirojima is located in Bumi
Tashirojima
Tashirojima (Bumi)
Geografi
LokasiLautan Pasifik
Koordinat38°18′N 141°25′E / 38.300°N 141.417°E / 38.300; 141.417Koordinat: 38°18′N 141°25′E / 38.300°N 141.417°E / 38.300; 141.417
Luas3.14 km2 (1.21 bt2)
Garis pantai11.5 km (7.15 mi)
Aras tertinggi96.2 m (315.6 ft)
Puncak tertinggiGunung Shojima (Shojimayama)
Pentadbiran
Jepun
WilayahMiyagi
BandarIshinomaki
Maklumat tambahan
Tapak sesawang rasmiwww.npo-tashirojima.jp

Ia telah dikenali sebagai "Pulau Kucing" disebabkan oleh bilangan kucing liar yang berkembang kerana kepercayaan tempatan bahawa memberi makan kepada kucing akan membawa kekayaan dan nasib baik. Bilangan kucing lebih banyak daripada populasi manusia di pulau tersebut. Anjing tidak dibela di pulau tersebut kerana bilangan kucing yang banyak.[2]

Pulau tersebut juga dikenali sebagai Pulau Manga, kerana Shotaro Ishinomori bercadang untuk berpindah ke pulau tersebut. Terdapat rumah yang bertemakan manga di pulau tersebut, menyerupai kucing.[3]

Pulau tersebut dibahagi kepada dua kampung/pelabuhan: Oodomari dan Nitoda. Bandar Oshika dulu memiliki Ajishia, pulau yang berdekatan, manakala Tashirojima dimiliki oleh bandar Ishinomaki. Pada 1 April 2005, Oshika bergabung dengan Ishinomaki,[4] membuat kedua-dua pulau tersebut sebahagian daripada Ishinomaki.

Disebabkan oleh 83% daripada populasi penduduk dikelaskan sebagai warga emas, kampung-kampung pulau tersebut ditetapkan sebagai "kampung terminal" (Jepun: 限界集落, Hepburn: genkai-shūraku) kerana dengan 50% atau lebih daripada populasi penduduk berumur lebih daripada 65 tahun, kewujudan kampung-kampung tersebut diancam.[2] Kebanyakan penduduk sama ada terlibat dalam memancing atau hospitaliti.

Pada tahun 2011, pulau tersebut dilanda oleh tsunami Tōhoku. Laporan oleh mangsa terselamat mengatakan kerosakkan yang meluas di beberapa kawasan pulau tersebut, tetapi bilangan kucing dilihat selamat dengan utuh.

Populasi kucing sunting

Pada hujung Zaman Edo Jepun, ramai penduduk di pulau Tashirojima menternak ulat sutera untuk tekstilnya. Mereka membela kucing untuk menghalau tikus daripada ulat sutera berharga mereka.[5] Lama-kelamaan, populasi kucing mula untuk mengembang dengan pesat manakala populasi manusia menurun sehingga kurang daripada 100 penduduk.[6] Populasi kucing melebihi populasi manusia dengan nisbah sebanyak 6 ekor kucing kepada 1 manusia di Tashirojima.

Tetapi, penduduk dan pelancong yang melancong ke pulau tersebut tidak peduli dilebihi oleh kucing-kucing tersebut. Dalam budaya Jepun, kucing dianggap membawa nasib baik dan kekayaan kepada semua yang melalui jalan kucing.[7]

Kuil kucing sunting

 
Kuil kucing.

Terdapat satu kuil kucing kecil, dikenali sebagai Neko-jinja (猫神社), di tengah pulau tersebut, kira-kira terletak di antara kedua-dua kampung. Dulu, penduduk menternak ulat sutera untuk sutera, dan kucing dibela untuk menghalau tikus (kerana tikus pemangsa semula jadi ulat sutera). Memancing menjadi terkenal di pulau tersebut selepas Zaman Edo dan pemancing daripada kawasan lain akan datang dan menginap di pulau tersebut. Kucing akan masuk ke dalam tempat penginapan pemancing dan minta untuk sisa-sisa makanan. Lama-kelamaan, pemancing membina kesukaan terhadap kucing-kucing tersebut dan memerhati kucing-kucing berdekatan, menganggap pergerakan mereka sebagai ramalan corak cuaca dan ikan. Pada satu hari, pemancing-pemancing tersebut sedang mengutip batuan untuk digunakan, apabila seketul batu terjatuh dan membunuh seekor kucing. Pemancing-pemancing tersebut, berasa sedih terhadap kehilangan kucing tersebut, menanamnya dan membuat kuil di lokasi tersebut.[8]

Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh kuil kucing di Wilayah Miyagi. Terdapat juga 51 tuga batu berbentuk seperti kucing di wilayah tersebut, lebih banyak berbanding dengan wilayah-wilayah lain. Secara tertentunya, kuil-kuil dan tugu-tugu tersebut diletakkan di kawasan timur pulau tersebut, berlapis dengan kawasan di mana ulat sutera diternakkan.

Sebutan dalam media sunting

Pada tahun 2004, satu pasangan bergerak ke pulau tersebut dari Sendai dan membuka sebuah tempat penginapan untuk pelancong di Hamaya. Pada tahun 2006, mereka memulakan blog tentang pulau tersebut dan penduduk-penduduk pulau itu.[9] Pada 20 Mei 2006, Terebi Asahi merakam sebuah episod Jinsei no Rakuen (Jepun: 人生の楽園) di pulau tersebut, yang mengatakan populasi kucing besar. Filem Fuji Terebi Nyanko the Movie (にゃんこ THE MOVIE) mencirikan sebuah cerita tentang Droopy-Eared Jack (Jepun: たれ耳ジャック, Hepburn: Tare Mimi Jack), salah satu kucing di pulau tersebut. Filem tersebut menjadi satu siri, di mana setiap filem mempunyai berita terkini tentang Jack. Sebagai hasil, ramai pecinta kucing datang ke pulau tersebut dan pakej pelancongan ntuk "mencari Jack" sekarang boleh didapati. Pertandingan gambar kucing dan pameran kucing sekarang diadakan di pulau tersebut.

Pada tahun 2012, BBC News di UK, mempersembahkan sebuah siri televisyen yang pendek bertajuk Pets - Wild at Heart, yang mencirikan perilakuan haiwan peliharaan, termasuk kucing di pulau tersebut.[10]

Pada tahun 2015, Landon Donoho, sebuah pencipta filem yang bebas, membiayai produksi sebuah dokumentari bertajuk "Cat Heaven Island". Ia mengekori cerita-cerita penduduk pulau tersebut, kedua-dua lama dan baru, manusia dan kucing.[11]

Produk tempatan sunting

Akses sunting

  • 40 minit dari Laluan Ajishima (feri). Tashirojima adalah sekitar 15 km dari pusat bandar Ishinomaki.

Lihat juga sunting

  • Aoshima, Ehime, sebuah "Pulau Kucing" yang lain di Jepun
  • Ōkunoshima, selalunya dipanggil "Usagi-jima" ("Pulau Arnab") kerana banyak arnab liar yang berkeliaran di pulau itu

Rujukan sunting

Pautan luar sunting