Tasik Laacher, lebih dikenali sebagai Laacher See dalam bahasa Jerman (Sebutan bahasa Jerman: [ˈlaːxɐ ˈzeː] ), ialah sejenis tasik kawah gunung berapi berdiameter 2 km (1.2 bt). Tasik ini berada di Rhineland-Pfalz, Jerman, kira-kira 24 km (15 bt) dari arah barat laut Koblenz, 37 km (23 bt) dari arah selatan Bonn, dan 8 km (5.0 bt) dari arah barat Andernach. Tasik ini terletak di banjaran gunung Eifel, dan merupakan sebahagian daripada medan gunung berapi Eifel Timur di dalam lingkungan kawasan besar Vulkan Eifel. Tasik itu terbentuk daripada letusan Plinian kira-kira 13,000 tahun sebelum kini dengan Indeks Letupan Gunung Berapi berskala 6, yakni skala yang berpadanan dengan letusan Pinatubo pada tahun 1991.[1][2][3][4][5] Pelepasan gunung berapi yang diperhatikan sebagai mofeta di pantai tenggara tasik menunjukkan tidak aktif.

Tasik Laacher
Tasik Laacher is located in Bumi
Tasik Laacher
Tasik Laacher (Bumi)
LokasiAhrweiler, Rhineland-Palatinate
Koordinat50°24′45″N 07°16′12″E / 50.41250°N 7.27000°E / 50.41250; 7.27000Koordinat: 50°24′45″N 07°16′12″E / 50.41250°N 7.27000°E / 50.41250; 7.27000
JenisTasik kawah
Aliran keluar utamaFulbert-Stollen (terusan)
Negara lembanganJerman
Luas permukaan3.3 km2 (1.3 bt2)
Kedalaman maksimum53 m (174 ka)
Ketinggian permukaan275 m (902 ka)

Huraian sunting

Tasik ini berbentuk bujur dan dikelilingi tebing yang tinggi. Lava telah dikuari untuk penghasilan batu giling pada zaman Rom sehingga penggiling besi diperkenalkan untuk tujuan mengisar bijirin.[6]

Tasik ini tidak mempunyai saluran keluar semula jadi tetapi dialirkan melalui terowong yang digali sebelum 1170 dan dibina semula beberapa kali selepas itu. Ia dinamakan Fulbert, yakni nama seorang abbas dari biara berdekatan yang dipercayai telah membinanya dalam lingkungan tahun 1152–1177.

Peristiwa letusan sunting

 
Panorama Tasik Laacher
 
Peta topografi kawasan di sekitar Tasik Laacher
 
Peta kawasan di sekitar Tasik Laacher

Volkanisme di Jerman boleh dijejak semula sejarahnya selama berjuta-juta tahun, berkaitan dengan perkembangan Sistem Rekahan Senozoik Eropah yang berpunca dari perlanggaran plat Afrika dan plat Eurasia, tetapi letusan tersebut tertumpu sewaktu berlakunya pemuatan dan pemunggahan ais semasa kemaraan dan pengunduran glasier.

Letusan terawal Tasik Laacher yang berlaku pada akhir musim bunga atau awal musim panas, meratakan pokok sehingga empat kilometer jauhnya. Magma itu membuka laluan ke permukaan yang meletus selama kira-kira sepuluh jam, dengan kepulan asap yang mungkin mencapai setinggi 35 kilometer. Aktiviti letupan tersebit terus berlaku selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya, menghasilkan arus piroklastik yang meliputi lembah sehingga sepuluh kilometer jauhnya dengan tefra melekit. Berhampiran dengan kawah terdapat mendapan mencapai ketebalan lebih daripada lima puluh meter, dan walaupun jarak dari letusan tersebut sudah mencecah lima kilometer jauhnya tetapi ketebalan mendapan tersebut masih mencecah sepuluh meter. Semua tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang berada dalam jarak kira-kira enam puluh kilometer ke arah timur laut dan empat puluh kilometer ke arah tenggara pasti telah hancur dan mati.[7] Anggaran isi padu magma meletus mencecah 6 km3 (1.4 bt3)[8] yang menghasilkan sekitar 16 km3 (3.8 bt3) tefra.[9] Justeru, letusan Plinian yang gergasi ini mempunyai Indeks Letupan Gunung Berapi berskala 6.

Mendapan tefra daripada letusan itu telah membendung aliran sungai Rhine dan mencipta tasik seluas 140 km2 (50 bt2). Apabila bendungan air tersebut pecah, banjir besar melanda kawasan hilir sehingga meninggalkan mendapan sejauh ke wilayah Bonn.[8][10] Runtuhan bendungan air itu telah dikenal pasti di kawasan seluas lebih 300,000 kilometer per segi, membentang dari kawasan tengah Perancis ke utara Itali, dan dari kawasan selatan Sweden sehingga ke Poland, menjadikannya alat yang tidak ternilai untuk menghubungkait kronologi lapisan arkeologi dan persekitaran paleo di seluruh kawasan itu.[11]

Kesudahan selepas letusan sunting

Kesan letusan mempunyai keluasan terhad, tetapi menyebabkan beberapa tahun musim panas yang sejuk dan sehingga dua dekad gangguan alam sekitar di Jerman. Walau bagaimanapun, kehidupan penduduk tempatan yang dikenali sebagai kebudayaan Federmesser telah terganggu. Sebelum letusan berlaku, mereka adalah orang yang tersebar luas dan hidup dengan mencari makanan dan memburu menggunakan peralatan lembing, busur dan anak panah. Menurut ahli arkeologi Felix Riede, selepas letusan berlaku sebahagian besar kawasan Lembangan Thuringian (kawasan yang paling terjejas akibat letusan tersebut) yang diduduki oleh Federmesser ditemui telah berkurangan penduduknya, manakala populasi di barat daya Jerman dan Perancis meningkat. Dua budaya baru, kebudayaan Bromme di selatan Scandinavia dan kebudayaan Perstunian di timur laut Eropah terbentuk. Kebudayaan-kebudayaan ini mempunyai tahap kemahiran membuat alat yang lebih rendah berbanding Federmesser, terutamanya kebudayaan Bromme yang kelihatan telah kehilangan teknologi membuat busur dan anak panah. Pada pandangan Riede, kemelesetan kebudayaan tersebut adalah kesan gangguan gunung berapi Laacher See.[12]

Letusan telah dipertikaikan atas kemungkinannya sebagai punca untuk tempoh Dryas Muda, yakni tempoh penyejukan global hampir pada penghujung zaman glasier maksimum terakhir yang kelihatan berkebetulan dengan masa letusan Laacher See.[13] Walau bagaimanapun, pentarikhan yang ditambahbaik terhadap permulaan zaman Dryas Muda di Eropah, yang diterbitkan pada 2021, telah menunjukkan bahawa ia bermula kira-kira 200 tahun selepas letusan, maka dengan ini menolak kemungkinan letusan ini sebagai punca potensinya.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ Oppenheimer, Clive (2011). Eruptions that Shook the World (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 216–217. ISBN 978-0-521-64112-8.
  2. ^ de Klerk, Pim (2008). "Environmental impact of the Laacher See eruption at a large distance from the volcano: Integrated palaeoecological studies from Vorpommern (NE Germany)". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 270 (1–2): 196–214. Bibcode:2008PPP...270..196D. doi:10.1016/j.palaeo.2008.09.013.
  3. ^ Bogaard, Paul van den (1995). "40Ar/39Ar ages of sanidine phenocrysts from Laacher See Tephra (12,900 yr BP): Chronostratigraphic and petrological significance". Earth and Planetary Science Letters (dalam bahasa Inggeris). 133 (1–2): 163–174. Bibcode:1995E&PSL.133..163V. doi:10.1016/0012-821X(95)00066-L.
  4. ^ "Geo-Education and Geopark Implementation in the Vulkaneifel European Geopark/Vulkanland Eifel National Geopark" (dalam bahasa Inggeris). The Geological Society of America. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-13. Dicapai pada 2013-01-08.
  5. ^ Frederick Reinig; Lukas Wacker; Olaf Jöris; dll. (30 Jun 2021). "Precise date for the Laacher See eruption synchronizes the Younger Dryas". Nature (dalam bahasa Inggeris). 595 (7865): 66–69. Bibcode:2021Natur.595...66R. doi:10.1038/S41586-021-03608-X. ISSN 1476-4687. Wikidata Q107389873.
  6. ^ Hull, Edward (1892). Volcanoes: Past and Present (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2010). Echo Library. m/s. 73–74. ISBN 9781406868180. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-28. Dicapai pada 2021-12-02.
  7. ^ Oppenheimer, pp. 216–218
  8. ^ a b Schmincke, Hans-Ulrich; Park, Cornelia; Harms, Eduard (1999). "Evolution and environmental impacts of the eruption of Laacher See Volcano (Germany) 12,900 a BP". Quaternary International (dalam bahasa Inggeris). 61 (1): 61–72. Bibcode:1999QuInt..61...61S. doi:10.1016/S1040-6182(99)00017-8.
  9. ^ P.v.d. Bogaard, H.-U. Schmincke, A. Freundt and C. Park (1989). Evolution of Complex Plinian Eruptions: the Late Quarternary (sic) Laacher See Case History Diarkibkan 2011-07-19 di Wayback Machine, "Thera and the Aegean World III", Volume Two: "Earth Sciences", Proceedings of the Third International Congress, Santorini, Greece, 3–9 September 1989. pp. 463–485.
  10. ^ Schmincke, Hans-Ulrich]]; Park, Cornelia; Harms, Eduard (1999). "Evolution and environmental impacts of the eruption of Laacher See Volcano (Germany) 12,900 a BP". Quaternary International. 61 (1): 61–72. Bibcode:1999QuInt..61...61S. doi:10.1016/S1040-6182(99)00017-8.
  11. ^ Oppenheimer, p. 218.
  12. ^ Oppenheimer, pp. 217–222
  13. ^ Baales, Michael; Jöris, Olaf; Street, Martin; Bittmann, Felix; Weninger, Bernhard; Wiethold, Julian (November 2002). "Impact of the Late Glacial Eruption of the Laacher See Volcano, Central Rhineland, Germany". Quaternary Research (dalam bahasa Inggeris). 58 (3): 273–288. Bibcode:2002QuRes..58..273B. doi:10.1006/qres.2002.2379. ISSN 0033-5894. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-28. Dicapai pada 2021-07-13. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  14. ^ Frederick Reinig; Lukas Wacker; Olaf Jöris; dll. (30 Jun 2021). "Precise date for the Laacher See eruption synchronizes the Younger Dryas". Nature (dalam bahasa Inggeris). 595 (7865): 66–69. Bibcode:2021Natur.595...66R. doi:10.1038/S41586-021-03608-X. ISSN 1476-4687. Wikidata Q107389873.

Bacaan lanjutan sunting

Pautan luar sunting