Tatabahasa bahasa Arab
Tatabahasa bahasa Arab (Arab: نحو عربي naḥw ʻarabiyy atau قواعد اللغة العربية qawāʻidu l-luġati l-ʻarabiyya) adalah tatabahasa Bahasa Arab Klasik dan Piawai Moden. Bahasa Arab merupakan bahasa Semitik dan tatabahasanya berkongsi banyak kesamaan dengan tatabahasa bahasa Semitik lain. .[1]
Rencana ini tertumpu kepada nahu bahasa Arab Sastera (yakni bahasa Arab Klasik dan Arab Piawai Moden (kedua-dua jenis ini memiliki nahu yang agak sama), dan juga nahu bahasa Arab basahan yang digunakan untuk pertuturan seharian. Pada amnya, nahu Arab Klasik (BAK) akan dibincangkan dahulu, diikuti oleh jenis-jenis bahasa basahan dan kemudiannya dengan bahagian-bahagian yang berbeza antara BAK dan bahasa basahan (bukan semua bahasa basahan mempunyai nahu yang sama). Perbezaan utama adalah kehilangan kasus nahu; kehilangan modus serta pembentukan sistem baharu; kehilangan suara pasif fleksi, dan hambatan penggunaan bilangan duaan.
Sejarah
suntingIdentiti ahli nahu bahasa Arab tertua masih dipertikai; ada sumber mengatakan bahawa namanya Abu-Aswad al-Du'ali, yang mempelopori penggunaan tanda diakritik bahasa Arab dan vokal dalam tahun 600-an M, walaupun tiada karyanya yang dapat dikesan kini.[1]. Ada pula yang berkata bahawa ahli nahu yang terawal ialah Ibn Abi Ishaq (meninggal dunia 735/6 M; 117 H ).[2]
Sekolah-sekolah di Basrah dan Kufah membangunkan lagi peraturan nahu dalam lewat tahun 700-an dengan penyebaran Islam yang begitu pesat pada masa itu.[3][4] Dua wakil sekolah-sekolah Basra dan Kufah memainkan peranan penting. Dari sekolah Basra, yang lazimnya dianggap diasaskan oleh Abu Amr ibn al-Ala,[5] meletakkan asas penting buat bidang ini : Al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi, pengarang kamus bahasa Arab dan juga buku prosodi yang pertama, juga mengarang buku pertama tentang teori-teori nahu bahasa Arab.[1] Sekolah Kufah dianggap ramai sebagai diasaskan oleh Al-Ru'asi walaupun kebanyakan penulisannya sudah hilang,[6][7] dan sebahagian besar pembangunan sekolah Kufah dilakukan oleh penulis-penulis terkemudian. Usaha-usaha al-Farahidi dan Sibawayh mengukuhkan lagi reputasi Basrah sebagai sekolah nahu analisis (analytic grammar), sementara sekolah Kufah menjadi penjaga puisi Arab dan juga kebudayaan Arab.[2] The differences were polarizing in some cases, with early Muslim scholar Muhammad ibn `Isa at-Tirmidhi favoring the Kufan school due to its concern with poetry as a primary source.[8]
Nahu awal bahasa Arab lebih kurang terdiri daripada senarai-senarai peraturan, tanpa penjelasan terperinci yang kemudiannya akan ditambah dalam kurun-kurun berikutnya. sekolah-sekolah awal berbeza bukan sahaja dengan pendapat masing-masing tentang pertelingkahan nahu, akan tetapi juga dengan penekanan masing-masing. sekolah di Kufah terunggul dalam puisi Arab dan tafsir Quran, disamping hukum Syariah dan genealogi. Sekolah basra, yang lebih rasionalis, sebaliknya memberi tumpuan terhadap kajian nahu yang lebih formal.[9]
Bahagian
suntingBuat ahli nahu Arab Klasik, sains teori nahu dibahagikan kepada lima cabang:
- al-lughah اللغة (bahasa/leksikon) berkaitan dengan mengumpul dan menjelaskan kosa kata
- al-taṣrīf التصريف (morfologi) menentukan bentuk kata-kata individu
- al-naḥw النحو (sintaks) lebih berkaitan dengan infleksi (I‘rāb) yang telah hilang dalam dialek
- al-ishtiqāq الاشتقاق (pemerolehan) memeriksa asal-usul kata
- al-balāghah البلاغة (retorik) yang menerangkan mutu binaan
Nahu, ataupun nahu-nahu jenis bahasa Arab kontemporari pula merupakan soalan lain. Said M. Badawi, seorang pakar nahu bahasa Arab, membahagikan nahu kepada lima jenis bergantung pada tahap kecelikan penutur. dan jarak kelainan penutur daripada Arab Klasik. Pembahagian Said Badawi, daripada yang paling kolokial kepada yang paling formal, adalah bahasa Arab Pertuturan Kurang Pendidikan (عامية الأميين ‘āmmīyat al-ummīyīn), Arab Pertuturan Separa Berpendidikan (عامية المتنورين ‘āmmīyat al-mutanawwirīn), Pertuturan Berpendidikan (عامية المثقفين ‘āmmīyat al-muthaqqafīn), Bahasa Arab Piawai Moden (فصحى العصر fuṣḥá al-‘aṣr), dan Bahasa Arab Klasik (فصحى التراث fuṣḥá al-turāth).[10]
Kata kerja
suntingفعل fiʻl
Seperti banyak bahasa Semitik lain, pembentukan kata kerja Arab (lazimnya) berasaskan akar kata trikonsonan (جذر ثلاثي, ǧiḏr ṯulāṯī), yang bukan merupakan perkataan itu sendiri tetapi mengandungi teras semantiknya. Konsonan كـتـب k-t-b, sebagai contoh, membayangkan 'tulis, قـرـء (atau قرأ) q-r-ʼ membayangkan 'baca', ءـكـل (atau أكل) ʼ-k-l membayangkan 'makan' dsb.; Perkataan dibentuk dengan membekalkan kata akar dengan struktur vokal dan dengan imbuhan. Secara tradisional, ahli tatabahasa Arab menggunakan kata akar فـعـل f-ʻ-l 'buat' sebagai templat membincangkan pembentukan kata. Bentuk kata kerja mengikut bentuk kata ganti nama, kecuali dalam kes dua orang diri kedua, jantina tidak dibezakan, memberikan paradigma 13 bentuk.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c Kojiro Nakamura, "Ibn Mada's Criticism of Arab Grammarians." Orient, v. 10, pgs. 89-113. 1974
- ^ a b Monique Bernards, "Pioneers of Arabic Linguistic Studies." Taken from In the Shadow of Arabic: The Centrality of Language to Arabic Culture, pg. 213. Ed. Bilal Orfali. Leiden: Brill Publishers, 2011. ISBN 9789004215375
- ^ Goodchild, Philip. Difference in Philosophy of Religion, 2003. Page 153.
- ^ Archibald Sayce, Introduction to the Science of Language. Pg. 28, 1880.
- ^ al-Aṣmaʿī at the Encyclopædia Britannica Online. ©2013 Encyclopædia Britannica, Inc.. Accessed 10 June 2013.
- ^ Encyclopaedia of Islam, vol. 5, pg. 174, fascicules 81-82. Eds. Clifford Edmund Bosworth, E. van Donzel, Bernard Lewis and Charles Pellat. Leiden: Brill Publishers, 1980. ISBN 9789004060562
- ^ Arik Sadan, The Subjunctive Mood in Arabic Grammatical Thought, pg. 339. Volume 66 of Studies in Semitic Languages and Linguistics. Leiden: Brill Publishers, 2012. ISBN 9789004232952
- ^ "Sibawayh, His Kitab, and the Schools of Basra and Kufa." Taken from Changing Traditions: Al-Mubarrad's Refutation of Sībawayh and the Subsequent Reception of the Kitāb, pg. 12. Volume 23 of Studies in Semitic Languages and Linguistics. Ed. Monique Bernards. Leiden: Brill Publishers, 1997. ISBN 9789004105959
- ^ Sir Hamilton Alexander Rosskeen Gibb, The Encyclopaedia of Islam, pg. 350. Leiden: Brill Archive, 1954. New edition 1980.
- ^ Alaa Elgibali and El-Said M. Badawi. Understanding Arabic: Essays in Contemporary Arabic Linguistics in Honor of El-Said M. Badawi, 1996. Page 105.
Pautan luar
sunting- Tatabahasa Arab melalui al-Quran Diarkibkan 2016-03-08 di Wayback Machine
- Arabic Natural Language Processing - isu khas