Bahasa pengaturcaraan notasi Z (disebut umumnya zed, dinamakan sempena teori set Zermelo-Fränkel) ialah bahasa spesifikasi rasmi yang digunakan bagi mengambar dan memodelkan atur cara komputer. Ia disasarkan bagi spesifikasi jelas atur cara komputer dan pembentukan bukti mengenai tabiat atur cara berkenaan.

Z pada asalnya dicadangkan oleh Jean-Raymond Abrial pada tahun 1977 dengan bantuan Steve Schuman dan Bertrand Meyer .[1] Ia dimajukan dengan lebih lanjut oleh Programming Research Group di Universiti Oxford, di mana Abrial bertugas pada awal lapan puluhan.


Sungguhpun notasi Z menggunakan banyak simbol bukan ASCII, spesifikasi termasuk cadangan menukar simbol notasi Z kepada ASCII dan pada LaTeX.


Sumber berguna bagi pengguna baru yang berminat mempelajari Z ialah The Z Notation: a reference manual.

Notasi Z digunakan pada projek CICS IBM.

Piawaian sunting

ISO melengkapkan usaha piawaian Z pada 2002. Piawaian ini, berjudul Information Technology – Z Formal Specification Notation – Syntax, Type System and Semantics, ISO/IEC 13568:2002, boleh didapati secara lansung dari ISO.

13568_2002.zip, 1 MB PDF, 196 halaman

Lihat juga sunting

Bibliografi sunting

  1. ^ Jean-Raymond Abrial, Stephen A. Schuman and Bertrand Meyer: A Specification Language, dalam On the Construction of Programs, Cambridge University Press, eds. R. McNaughten and R.C. McKeag, 1980 (mengambarkan versi awal bahasa pengaturcaraan tersebut). ISBN 0-521-23090-X

Pautan luar sunting