Tatatanda matematik

Tatatanda matematik ialah satu sistem perwakilan bersimbol untuk objek-objek dan idea-idea matematik. Tatatanda matematik digunakan dalam matematik, sains fizik, kejuruteraan dan ekonomi. Ia terdiri daripada simbol ringkas seperti nombor 1 dan 2, simbol-simbol fungsi seperti sin dan +; simbol konsep seperti lim, dy/dx, persamaan dan pemboleh ubah; dan tatatanda diagram yang kompleks seperti tatatanda grafik Penrose dan diagram Coxeter-Dynkin.

Takrif

sunting

Tatatanda matematik ialah satu sistem penulisan (juga satu bahasa formal) yang digunakan untuk merekodkan konsep-konsep dalam matematik.

  • Tatatanda menggunakan simbol atau ungkapan bersimbol yang bertujuan untuk menyampaikan makna semantik yang tepat.
  • Dalam sejarah matematik, simbol-simbol ini telah menandakan nombor, bentuk, corak dan perubahan. Tatatanda boleh juga merangkumi simbol-simbol untuk bahagian-bahagian dalam wacana konvensional antara ahli matematik, apabila melihat matematik sebagai satu bahasa.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting