Taufan Nalgae (2011)

Taufan Nalgae (kod antarabangsa: 1119, kod PAGASA: Quiel, kod JTWC: 22W) merupakan taufan yang membadai Filipina dan mengancam Hainan, China dan juga Vietnam. Taufan ini ialah taufan yang kelapan dan taufan super yang keempat dalam musim taufan Pasifik dalam tahun 2011. Ia datang beberapa hari selepas Taufan Nesat melanda kawasan yang sama.

Taufan Nalgae (Quiel)
Taufan (skala JMA)
Taufan kategori 4 super (SSHWS)
Taufan Nalgae menghampiri Filipina pada 30 September 2011
Terbentuk26 September 2011
Reda5 Oktober 2011
Angin terkuat10 minit berterusan: 175 km/j (110 bpj)
1 minit berterusan: 240 km/j (150 bpj)
Tekanan terendah935 hPa (mbar); 27.61 inHg
KematianSeorang
Kawasan terjejasFilipina, China, Vietnam
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2011

Sejarah ribut sunting

Suatu kawasan bertekanan rendah dengan perolakan terpencil terbentuk di barat Kepulauan Mariana Utara pada pagi 24 September.[1] Tekanan rendah ini bergerak ke arah barat dengan perlahan-lahan sehingga Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA) meletakkannya menjadi lekukan tropika pada lewat 26 September.[2] Manakala JTWC pula meletakkan amaran pembentukan siklon tropika.[3] Pada pagi 27 September, JTWC melaporkan bahawa tekanan rendah ini dengan pantasnya membentuk paduan pusaran berpusat aras rendah dan mula mengeluarkan amaran berkaitan sistem cuaca ini serta menamakannya dengan kod 22W.[4] Pada sebelah petang, JMA meningkatkan lekukan tropika ini menjadi ribut tropika Nalgae.[5] Ribut ini bergerak ke arah barat dengan perlahan-lahan serta bertambah kuat. Sistem ribut ini meliputi kawasan jejari angin yang kecil walaupun semakin menjadi kuat dengan nyata dan juga mempunyai struktur yang sangat padu.[6] JMA melaporkan bahawa Nalgae bertukar menjadi ribut tropika kencang dengan angin melebihi 55 knot (102 km/j; 63 mph) pada petang 28 September.[7] Pada waktu malamnya PAGASA mula mengeluarkan nasihat cuaca berkaitan Nalgae dan menggunakan kod tempatan Quiel apabila memasuki kawasan pemantauan Filipina.[8] JMA meningkatkan Nalgae menjadi taufan pada lewat 29 September.

Persediaan sunting

 
Nalgae yang bertambah kuat di pesisir Filipina pada 29 September

Pada 30 September, warganegara Amerika Syarikat yang berada di Filipina diberi peringatan daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk memegang dokumen perjalanan sepanjang masa serta memastikannya diletakkan di tempat yang selamat dan kalis air. Kerajaan AS juga melancarkan talian bantuan supaya warganegaranya yang berada di situ boleh mendapatkan maklumat muktahir daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat.[9] PAGASA menggesa supaya penduduk di kawasan rendah supaya meninggalkan kediaman masing-masing dengan segera dan juga menyatakan bahawa kawasan yang belum dinaiki air dalam bahaya kerana air bah daripada kawasan banjir boleh melimpahi kawasan berhampiran.[10] Apabila ribut semakin mendekati Filipina, PAGASA turut mengeluarkan amaran ribut isyarat ketiga kepada orang awam di Cagayan dan Isabela. PAGASA menjangkakan Nalgae membawa angin kencang, tetapi yang lebih membimbangkan pihak berkuasa tempatan ialah kadar hujan yang akan turun. Lebih-lebih lagi Nalgae muncul tidak sampai lima hari selepas kawasan yang sama dibadai oleh Taufan Nesat yang menyebabkan pengumuman darurat. Lima buah bandar di Cagayan masih lagi dilanda banjir.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "JTWC - Tropical Cyclone Advisory 240600 - Typhoon Nalgae". Joint Typhoon Warning Center. Dicapai pada 29 September 2011.
  2. ^ "JMA - Tropical Cyclone Advisory 261800 - Typhoon Nalgae". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 29 September 2011.
  3. ^ "JTWC - Tropical Cyclone Formation Alert - Typhoon Nalgae". Joint Typhoon Warning Center. Dicapai pada 29 September 2011.
  4. ^ "JTWC - Tropical Cyclone Advisory 01 - Typhoon Nalgae". Joint Typhoon Warning Center. Dicapai pada 29 September 2011.
  5. ^ "JMA - Tropical Cyclone Advisory 271800 - Typhoon Nalgae". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 29 September 2011.
  6. ^ "JTWC - Tropical Cyclone Advisory 07 - Typhoon Nalgae". Joint Typhoon Warning Center. Dicapai pada 29 September 2011.
  7. ^ "JMA - Tropical Cyclone Advisory 281800 - Typhoon Nalgae". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 29 September 2011.
  8. ^ "Severe Weather Bulletin Number ONE - Tropical Storm "QUIEL"". Philippine Atmospheric, Geophysical and Astronomical Services Administration. Dicapai pada 29 September 2011.
  9. ^ "Americans cautioned over possible 'Quiel' onslaught". Philstar Global Corp. Dicapai pada 30 September 2011.
  10. ^ "Leave now! PAGASA tells residents in flooded areas". ABS-CBN Interactive. Dicapai pada 30 September 2011.
  11. ^ "Cagayan braces for Typhoon Quiel". ABS-CBN Interactive. Dicapai pada 30 September 2011.